BREAKING NEWS

Himpunan Baju Merah dapat "RESTU" Polis.. Melayu jom turun ramai2..


Himpunan Rakyat Bersatu atau ‘himpunan baju merah’ yang dirancang pada Rabu ini diluluskan selepas penganjur perhimpunan tersebut telah menukar tempat demonstrasi mereka dari Bukit Bintang ke Padang Merbok. Menurut Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini, perhimpunan tersebut dianggap sah mengikut undang-undang di bawah Akta Perhimpunan Aman.

Menurut Khalid lagi, perhimpunan tersebut diberi lampu hijau kerana telah mendapat kebenaran dari Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk menggunakan Padang Merbok bagi menganjurkan perhimpunan itu.

Selain itu, pihaknya yakin dan pasti akan dapat mengawal keselamatan dan keadaan semasa demonstrasi sedang dijalankan. Keselamatan rakyat juga pasti akan terjamin kerana perhimpunan tersebut mengikut undang-undang.

“Sekarang, perhimpunan akan dibenarkan berlangsung. Walaupun secara peribadi, saya tidak bersetuju dengan demonstrasi tetapi kita akan benarkan kerana ia memenuhi kriteria mengikut undang-undnag berkenaan.

“Kita akan mengerahkan tenaga anggota secukupnya dan kita mampu memastikan keselamatan semua orang,” katanya pada sidang media di Kuala Lumpur, hari ini.

Mesti aman punya la demonstrasi tu, bukan macam Bersih 4 tempoh hari! Sudah la diharamkan tapi buat jugak. Tambah Khalid, polis akan memantau teks ucapan yang akan dibuat ketika perhimpunan ‘baju merah’ berlangsung. So kalau ada unsur hasutan ke apa, polis tak akan teragak-agak untuk ambil tindakan.

“Kita kita akan pastikan ia berlangsung dengan aman dan berdisiplin.

“Saya nasihatkan penganjur berkenaan. Saya minta mereka buktikan ini akan menjadi demonstrasi aman dan mereka akan mematuhi undang-undang. Kita akan memantau isi kandungan ucapan mereka,” katanya.

Selain itu, beliau juga menggesa supaya menghentikan khabar angin palsu bahawa kononnya memberi amaran kepada rakyat bukan Muslim untuk menjauhi ibu kota… Kononnya bahaya la takut ada rusuhan pada Rabu ini.

“Jangan percaya mesej seumpama itu. Mereka yang menyebarkan perkara ini sengaja mencetuskan ketakutan di kalangan kumpulan masyarakat tertentu.

“Saya boleh jamin, polis akan memastikan keselamatan semua orang,” katanya.

3 ulasan :

  1. Kasihan umat Melayu..

    Yg di atas kuat sapu wang
    Bila kantoi... umat melayu diajaknya berarak utk kekal berkuasa..

    Yg di atas gilakan kuasa...
    Bila piliharaya.. umat melayu diugutnya kena undi, klu x.. melayu akan hilang kuasa

    Kasihan Melayuku...

    BalasPadam
  2. Bangsa Melayu mudah lupa & senang diperbodohkan dgn janji manis & wang..pentadbiran berat sebelah

    BalasPadam
  3. LEMBUUUUUUUUUUUUUUU...................................MOOOOOOOOOOOO

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online