BREAKING NEWS

Portal pembangkang KANTOI cuba fitnah isteri Perdana Menteri.. Kahkahkah


Sarawak Report datang lagi dengan kononnya pendedahan terbaru kononnya berjuta Ringgit Malaysia dimasukkan ke akaun peribadi isteri Perdana Menteri pula.

Kononnya, berjuta ini disalurkan oleh seorang individu kedalam akaun Rosmah melalui beberapa transaksi diantara tarikh Februari hingga April 2015.

Malangnya, dokumen yang dilampirkan oleh portal pro pembangkang berkenaan terbukti hanya rekaan apabila terdapat beberapa kesilapan besar yang dikesan.

Pertama sekali, apa yang dipanggil dokumen rahsia akaun peribadi isteri Perdana Menteri tersebut hanyalah sekadar draf excell yang boleh direka oleh sesiapa sahaja. Dokumen berkenaan langsung tidak menyamai dengan transaksi bank sebenar.

Yang kedua dan paling ketara, terdapat kesilapan pada nombor kad pengenalan lama yang dikatakan milik DS Rosmah Mansor. Hasil carian melalui semakan pemilih SPR, nombor berkenaan langsung tidak ada didalam rekod.



Yang lebih menghairankan, jika merujuk nombor kad pengenalan yang dilampirkan didalam dokumen berkenaan, ia menunjukkan isteri Perdana Menteri itu baru berumur 30 tahun!!

Ini kerana individu yang lahir SELEPAS tahun 1964 sahaja yang mempunyai huruf "A" di pangkal sebelum nombor IC mereka. Pada warganegara Malaysia yang lahir sebelum tahun 1964, hanya nombor sahaja yang tertera di IC tanpa sebarang huruf.

Oleh itu, dokumen yang dilampirkan oleh Sarawak Report tersebut terbukti adalah fitnah jahat yang direka oleh pihak tertentu. Sudah tentu ia bertujuan mahu melihat Perdana Menteri dijatuhkan.

Adalah amat mustahil pihak Bank akan melakukan kesilapan sebesar itu kecuali ianya dokumen palsu. - sumber

3 ulasan :

  1. Haha...itu plan B sudah keluar dan terdesak loo..., plan A sudah gagal maa.....

    BalasPadam
  2. Bila la korang ni nak realise apa yang berlaku sekarang ini adalah suatu 'attack on Malaysia' secara sistematik. Musuh2 luar dan dalam ni menggunakan Najib dan menteri2 kabinet bodoh dia sebagai target sebab diorang tahu these monkeys and baboons are the weekest point of the 'fort'.

    BalasPadam
  3. Beruntongnya jadi ds najib dan ds rosmah mendapst pahala berlipat ganda dalam bulan mulia ini. Semoga mereka cekal dan tabah dan bertambah pahalanya untuk bekalan diakhirat walaupun pahit untuk dilalui. Sesungguhnya kepahiitan itu adalah kemanisan yang tidak dapat digambarkan dengan kata kata.

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online