BREAKING NEWS

Mat Sabu try pujuk Muhyiddin ajak "main belakang"


Tanpa disertai PAS, pemimpin pembangkang dari PKR, DAP dan Gerakan Harapan Baru (GHB) mendesak bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan ahli Parlimen daripada Barisan Nasional (BN) supaya menubuhkan sebuah kerajaan peralihan.

Pengerusi pro-tem GHB Mohamad Sabu, atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata, kerajaan peralihan itu dicadangkan ditubuhkan selepas Dewan Rakyat bersidang pada sesi akan datang iaitu pada Oktober.

Katanya, ia wajar disokong dengan empat terma rujukan yang khusus, termasuk dengan melantik seorang "perdana menteri interim" daripada kalangan pemimpin terkanan dalam negara.

Perdana menteri interim ini diharap boleh memainkan peranan bagi tempoh satu tahun sehingga pilihan raya umum ke-14 (PRU14) diadakan, kata Mat Sabu pada satu sidang media di Petaling Jaya semalam.

"Terma kedua ialah dengan melakukan reformasi terhadap institusi-institusi penting bagi memastikan PRU14 berjalan dengan adil dan keluhuran perlembagaan dan undang-undang dikembalikan.

"Terma ketiga ialah perlunya diadakan rombakan terhadap dasar-dasar ekonomi yang menindas rakyat.

"Manakala terma terakhir ialah dicari penyelesaian kepada skandal-skandal utama negara termasuk syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB), dengan matlamat memastikan mereka yang bertanggungjawab dibawa ke muka pengadilan," katanya.

Mat Sabu juga mengatakan, bekas timbalan perdana menteri itu perlu menyokong usaha ke arah kerajaan peralihan tersebut.

"Sudah sampai masanya beliau dan kumpulannya, serta ahli-ahli Parlimen BN yang lain, yang cintakan negara, menyokong satu usaha menubuhkan kerajaan peralihan melalui satu undi tidak percaya kepada Datuk Seri Najib Razak," katanya.

Mat Sabu turut menasihatkan supaya Muhyiddin bersabar dan tenang dalam menghadapi dugaan yang dilalui serta menjemput beliau menjadi sebahagian daripada GHB.

9 ulasan :

  1. tubuhlah pati dahulu baru ajak berlawan , ni masih luar gelangan berkukuk lebih

    BalasPadam
  2. TUBUH PATI DAHULU BARU AJAK BERKAWAN ,NI BERKUKUK LEBIH RUMAH MASIH MENUMPANG

    BalasPadam
  3. Mat sabu sendiri tak sabar . Nak suruh orang bersabar . Jenis pak ko .

    BalasPadam
  4. Rezeki, jodoh, ajal, maut di tangan tuhan. Carilah keredhaan Allah dan tuju ke jalan Allah bukan ke jalan kafir harbi.

    BalasPadam
  5. Sekurang-kurangnya Muhyiddin tak macam Mat Sabu yang terus tubuh parti pemisah bangsa Melayu setelah disingkirkan dari PAS. Lepas tu keluarkan kenyataan bahawa PAS sudah tak releven lagi, Sebaliknya Muhyiddin telah meminta ahli-ahli UMNO untuk terus memberi sokongan yang tidak berbelah bagi untuk Presiden UMNO selepas kena pecat jawatan TPM. So Mat Sabu tak payah lah bagi idea sengal yang boleh melingkupkan kedudukan orang-orang Melayu. Nanti yang untung pada jangkamasa yang panjang adalah DAP - parti orang bukan Islam jugak.

    Aku dulu cukup respect dengan Mat Sabu ni, tetapi semenjak dia tunduk kepada Bos didalam DAP dan paderi gereja Keristian Evenjelist untuk mensyirikkan kalimah ALLAH markah hurmat akju pada pemimpin yang sorang ni terus jadi sifar hingga ke hari ini.

    BalasPadam
  6. Tak hairanlah kalau dengan orang yang dulunya digelarnya "AL JUBURI" sekalipun dia boleh berkerjasama hanya kerana kuasa.

    Apapun bini Mat Sabu terselamat daripada jatuh talak 3 sebab Mat Sabu tidak memenangi sebarang ADUN ataupun Parlimen atas tiket PAS...Mat Sabu dah mainkan lain2 ahli/pemimpin PAS yang belot dengannya.

    BalasPadam
  7. JANGAN DILAYAN MAT SABU NI...SENDIRI PUN TAK BETUL..AMBIL KESEMPATAN DARI KESUSAHAN ORANG LAIN UNTUK KEPENTINGAN DIRI SENDIR...LAGI MELINGKUP LA NEGARA KALAU ADA ORANG MACAM MAT SABU

    BalasPadam
  8. mat Sabu... harap emosi saja lebih , otak macam tahi cirit... apa yang Negara boleh harap dari manusia jenis ni?? Ketika PAS sedang memperkasakan agenda islam dan dasar islamiknya, mat sabu dan geng geng secular kafirnya cabut lari sokong kafir harbi dan melantik LimKit Siang sebagai tok guru menggantikan Nik Aziz untuk memebri tarbiyah kepada Dewan Ulamak dan Presiden Pas supaya menolak perlaksanaan hudud dikelantan

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online