BREAKING NEWS

Sirul senasib dengan Saiful Bukhari.. Diliwat sampai lembik..

Agak pelik apabila seorang penjenayah dipertahankan seperti jenayah tersebut tidak dilakukan olehnya. Atas alasan, penjenayah tersebut diarahkan oleh seseorang yang lebih besar pangkatnya diatas untuk melakukan jenayah. Tapi itulah yang dilakukan oleh pembangkang di Malaysia.

Cuba kita lihat kes Koperal Sirul Azhar Umar.., dia didapati bersalah membunuh wanita warga Mongolia, Altantuya Saaribuu dan dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah. Kini Sirul melarikan diri ke Australia dan mengugut untuk mendedahkan siapa sebenarnya yang mengarahkan dia melakukan pembunuhan tersebut.

Jika didalam kes Saiful Bukhari, ramai yang persoalkan kenapa Saiful tidak melawan ketika diliwat oleh Anwar, sekarang kita juga boleh pertikaikan kenapa Sirul tak melawan ketika "diarahkan" untuk membunuh seorang wanita? Kenapa Sirul terima arahan tersebut? Kenapa Sirul tak berfikir tentang nyawa seorang wanita yang dia hendak cabut?

Selepas Mahkamah jatuhkan hukuman, barulah Sirul sibuk mengatakan dia hanya menjalankan tugas. Dan kini baru sibuk mahu buat pendedahan kononnya. Persoalan yang ada sekarang, kenapa di Australia? Kenapa Sirul tak mendedahkannya di dalam Mahkamah semasa perbicaraan? Adakah Sirul nanti akan kata dia takut dibunuh atau diapa-apakan di Malaysia jika buat pendedahan?

Menurut sumber, imbuhan berpuluh juta RM menanti jika Sirul berkerjasama muncul dalam media Australia. Tak kisahlah sama ada pendedahan Sirul itu betul atau tak, yang pentingnya adalah keluar TV di negara kanggaru tersebut sambil mereka cipta pelbagai fitnah terhadap kerajaan Malaysia.

Pihak berhaluan kiri di Australia serta pembangkang di Malaysia nampak Sirul merupakan satu objek yang boleh dimanipulasi untuk menjatuhkan Najib Razak. Adakah ini bermakna bahawa Najib Razak mengarahkan Sirul membunuh Altantuya? Sudah tentu tidak tetapi persepsi akan timbul kerana Sirul bercakap setelah dibayar, bukannya dengan ikhlas hati.

Percayalah, jika Sirul menegaskan dia hanya "mengikut arahan" ketika membunuh Altantuya, kali ini dia juga semestinya "menerima arahan" untuk muncul di TV negara luar dan memburukkan Malaysia serta memfitnah pemimpin kerajaan. Arahan bunuh pun Sirul sanggup terima, inikan pula arahan untuk bercakap depan media dengan dibayar upah lumayan.

Apakah Sirul akan menolak kerja mudah jika "diarahkan" membaca skrip depan kamera TV? Sedangkan membunuh wanita yang lemah pun boleh dilakukan oleh Sirul, inikan pula membaca skrip yang langsung tak mengeluarkan setitik peluh pun.

Kita harus ingat, Koperal Sirul Azhar Umar merupakan seorang anggota Unit Tindakan Khas (UTK), bukannya seorang ahli politik. Dan Sirul kini berdepan hukuman mati kerana membunuh seorang wanita. Seorang desperado seperti Sirul sudah tentu akan melakukan apa saja untuk menyelamatkan nyawanya termasuklah dijadikan alat oleh mana-mana pihak yang berkepentingan.

Jangan terkejut nanti jika Sirul menuduh Perdana Menteri Malaysia terlibat dalam "arahan" untuk membunuh Altantuya. Bagi seorang yang terdesak seperti Sirul, Tuhan pun mampu digadaikan hanya semata-mata untuk kepentingan sendiri.

7 ulasan :

  1. Dua-dua kena liwat dengan dengan Si Pelwat. Cuma teknik sahaja yang berbeza.

    BalasPadam
  2. Kes Altantuya ni macam konspirasi pembangkang. Naijib walaupun dah bersumpah x terlibat, patut mengambil tindakan undang2 berhubung fitnah ini supaya pemfitnah dijatuhi hukuman yang setimpal.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sepatut nya Najib bertindak dri dulu lagi..tp tak apa Allah sbw ada disamping orang yg terinaya! !!

      Padam
  3. Dri dulu sepatut nya Najib bertindak sekarang dah terlambat. . ..tapi tak apa Allah sbw ada disamping orang yg terinaya inshaallah!!!

    BalasPadam
  4. Kenapa saiful tidak melawan ketika diliwat?
    Jawapan:
    Anwar mempunyai aura utk menjadi doninan dan mampu mengawal org d sekelilingnya. Sedangkan beribu-ribu org dpt 'dliwat' semasa ceramah politiknya, inikan pula 1by 1 dlm bilik tidur.

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang terpaku dan layu bila berdepan ngan Bang Non...paling terpaku bila dengar dia nyanyi lagu: Tanya Sama Pokok..

      Padam
  5. adoi, sirul tu utk, memang ikut arahan, depa tak tanya banyak, kalau tak tau tak payah komen, kalau hangpa ada kawan/saudara kerja utk, cuba tanya. bab saiful aku tak mahu komen, cerita paling pelik abad ini.

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online