BREAKING NEWS

DAP guna Polis Penang untuk tipu pelabur Taiwan dan Hong Kong?





Rakyat di seluruh negara tentunya masih ingat apabila Ketua Menteri P.Pinang Lim Guan Eng menuduh Ketua Polis Negara, TS Khalid Abu Bakar sebagai zalim dan juga samseng. Tuduhan tersebut berikutan isu Pasukan Peronda Sukarela yang ditubuhkan oleh Guan Eng dan DAP P.Pinang, telah diharamkan oleh KDN dan juga PDRM.

Selain itu, Guan Eng juga telah mencabar KPN untuk menangkap dan mendakwa beliau di mahkamah bagi membuktikan PPS benar-benar pertubuhan haram dan salah didalam negara. Guan Eng juga secara angkuh mendesak TS Khalid meletakkan jawatan di PDRM kerana disifatkannya sebagai tak layak memegang jawatan Ketua Polis.

Kenyataan terbuka oleh Guan Eng tersebut memperlihatkan seolah-olah beliau amat membenci Ketua Polis Negara yang telah dilantik oleh Sultan. Dan cara Guan Eng mempertikaikan kelayakan Ketua Polis Negara, mengingatkan kita dengan sikap komunis di masa dahulu yang bencikan Polis.

Menariknya.., kini Guan Eng mempergunakan PDRM untuk kononnya menarik pelaburan ke negeri jajahan DAP iaitu P.Pinang. Guan Eng dengan tanpa rasa malu telah membawa pihak PDRM ke Hong Kong dan Taiwan. Khabarnya tujuan membawa anggota PDRM ke sana adalah untuk membuktikan hubungan diantara pentadbiran DAP dan Polis adalah amat erat serta sangat akrab.

Padahal, seluruh negara tahu yang Lim Guan Eng sering bertelagah dengan Ketua Polis Negara didalam banyak isu politik yang membabitkan ketenteraman rakyat.

Baru-baru ini juga sekali lagi Guan Eng menuduh Ketua Polis Negara sebagai tidak adil. Ia berpunca dari pihak PDRM serta KDN menahan Eric Paulsen yang menghasut rakyat negara ini membenci Islam dengan kenyataannya yang berkaitan dengan khutbah Jumaat.

Malangnya.., dalam keadaan Guan Eng membenci serta menuduh Ketua Polis Negara dengan pelbagai kecaman serta memalukan, masih ada lagi anggota Polis sendiri yang sanggup berbaik dengan Setiausaha Agung DAP tersebut.

Mungkin lawatan ke Hong Kong serta Taiwan lebih penting serta lebih menarik berbanding imej Ketua Polis Negara serta maruah Polis DiRaja Malaysia yang selalu dipandang hina dan jijik oleh pihak berhaluan kiri didalam Malaysia.

Kasihan TS Khalid Abu Bakar.., anak buahnya sendiri sanggup bersama dengan "seteru" beliau. Siapa lagi yang mampu diharapkan selepas ini?

Catat Ulasan

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online