BREAKING NEWS

Anwar bersedia masuk Umno kembali?



Setelah dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Anwar Ibrahim dilihat sangat sukar untuk mengembalikan zaman kegemilangan politik beliau didalam negara. Setakat ini, Anwar hanya mampu menjadi Ketua Umum Pakatan Rakyat dan juga Ahli Parlimen Permatang Pauh sahaja.

Anwar sebelum ini berjanji kepada penyokong-penyokongnya untuk menawan Putrajaya pada 2 pilihanraya umum yang lalu. Tetapi nampaknya janji Anwar hanya tinggal janji sebagai memori manis dalam kenangan para penyokongnya sahaja.

Yang terbaru, bekas Ketua Pengarang Kumpulan New Straits Times Press (NSTP), Datuk A Kadir Jasin meramalkan bahawa Anwar akan berkerjasama dengan Perdana Menteri DS Najib Razak bagi meneutralkan kritikan dari Tun Mahathir serta Tun Daim Zainuddin yang semakin keras sejak akhir-akhir ini.

Menurut Kadir, bukti yang menunjukkan Anwar sedia berkerjasama dengan Najib ialah kesediaan Anwar untuk bertemu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi mendedahkan bukti mengenai salahguna kuasa Tun Daim semasa khidmatnya dahulu.

Apakah ini bermakna Anwar akan kembali menyertai Umno sepertimana Tengku Razaleigh kembali masuk Umno dari Semangat 46 dan juga Tun Mahathir masuk Umno selepas Pak Lah meletakkan jawatan?

Didalam politik sebenarnya tiada yang mustahil.. Tak ada kawan yang kekal serta tak ada juga musuh yang nyata.. Semuanya berubah dalam sekelip mata jika berkaitan dengan politik. Sebab itulah ada yang mengatakan bahawa politik itu sangat kotor dan memeningkan.

Kalau Anwar yang suatu ketika dulu sangat benci pada PAS dan DAP boleh menjadi Ketua pembangkang kini, tak mustahil juga Anwar boleh kembali ke dalam Umno demi kuasa. Cuma pada ketika itu, Anwar pastinya akan menggunakan pendekatan demi perjuangan melayu dan juga Islam seperti beliau mula-mula menyertai Umno bersama Tun Mahathir.

Jika kini Anwar mampu berpeluk dengan Lim Kit Siang dan Haji Hadi yang suatu ketika dulu dikutuk habis-habisan ketika beliau didalam Umno, tak mustahil juga Anwar akan kembali memeluk Najib dan bersalaman dengan Rosmah yang kini beliau benci sangat-sangat.

Cuma masalahnya, adakah penyokong kerajaan dan juga ahli-ahli Umno akan terima jika Anwar kembali menyertai parti terbesar orang melayu/Islam di Malaysia itu? Jawapannya ialah tiada apa yang mustahil.

Jika ramai ahli politik yang menentang kerajaan seperti Ezam Md Noor, Zulkifli Noordin serta Lokman Adam boleh diterima dengan baik oleh ahli-ahli Umno, kenapa tidak Anwar Ibrahim. Lagipun.., secara amnya masih ramai penyokong Umno yang "sayang" pada Anwar. Jika tidak takkanlah Anwar boleh menang di Parlimen Permatang Pauh yang diketahui merupakan kubu kuat Umno..

Catat Ulasan

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online