Wakil DAP di Sabah, Jimmy Wong Sze Pin pula membuat tuduhan bahawa Umno kononnya terlibat dengan projek IC tersebut walaupun ianya telah disangkal oleh RCI sendiri. Jimmy menyatakan bahawa bekas pegawai Jabatan pendaftaran Negara yang ditahan bersubahat dengan sindiket IC palsu adalah bukti bahawa kerajaan BN terlibat didalam projek berkenaan.
Malangnya, wakil DAP ini lupa bahawa bekas pegawai JPN tersebut telah ditahan oleh kerajaan sendiri dan dikenakan hukuman dibawah I.S.A. Jika benarlah kerajaan bersekongkol dengan kononnya projek IC di Sabah ini, mengapa kerajaan menahan "orangnya" sendiri? Penahanan 3 pegawai dari JPN yang menyalah guna kuasa tersebut membuktikan bahawa kerajaan sendiri tegas didalam usaha membenteras pemalsuan kad pengenalan Malaysia.
Tentang tuduhan wakil Pakatan itu berkenaan usaha kerajaan melalui RCI untuk melindungi penglibatan Tun Mahathir didalam projek IC, adakah wakil DAP itu tidak tahu bahawa Anwar sendiri tidak langsung mengaitkan nama Tun Mahathir didalam siasatan RCI bersama 200 saksi yang lain. Jika benar Tun Mahathir terlibat, mengapa Anwar mahu bersekongkol untuk melindungi Tun Mahathir yang kita ketahui amat beliau benci?
Jimmy juga sekadar menuduh Umno terlibat memberikan kad pengenalan kepada pendatang tanpa izin berkenaan untuk didaftarkan sebagai pengundi pada pilihanraya Umum, tetapi di manakah bukti untuk mengesahkan penglibatan Umno seperti yang difitnah oleh wakil DAP tersebut? Cukupkah sekadar fitnah tanpa mengemukakan sebarang bukti? Inilah politik jijik yang dimainkan oleh DAP dan Pakatan untuk menganggu ketenteraman negara.
Rakyat masih ingat bagaimana Anwar dan Pakatan menipu seluruh negara kononnya ada 40 ribu pengundi dari Bangladesh yang diterbangkan khas untuk memenangkan Barisan Nasional pada Pilihanraya Umum yang lalu. Akhirnya penipuan Anwar dan Pakatan terbongkar apabila Anwar sendiri berdalih menafikan dia mengeluarkan fitnah tersebut walaupun ada bukti video kenyataannya sendiri yang boleh dilihat oleh seluruh rakyat Malaysia.
Kita tidak nafikan bahawa terdapat sindiket pemalsuan IC yang bergiat aktif di Sabah malah di seluruh negara. Kerajaan serius menangani kegiatan berkenaan dan sehingga kini ramai ejen-ejen sindiket berkenaan berjaya ditangkap dan dihukum. RCI sendiri telah mengesahkan bahawa tiada langsung penglibatan kerajaan didalam dakwaan projek IC berkenaan. Jika laporan RCI tidak boleh diterima oleh Pakatan, ia bukan bermakna keputusan berkenaan tidak diterima oleh seluruh rakyat Sabah.
Kesimpulannya, bukan rakyat Sabah yang menolak keputusan RCI, tetapi DAP dan pakatn sendiri yang tak dapat menerima bahawa fitnah mereka terhadap kerajaan BN tidak berjaya! Rakyat di negara ini sudah sedia maklum, Pakatan dengan fitnah memang tidak mampu dipisahkan!
Mintak sangat RCI, bila buta, result tak sesuai dengan citarasa dia, ditolak begitu je.
BalasPadamManyak cantik punya muka hodoh DAP ni.
Saman je.
Puak ni selagi tak kena akibat, selagi tu nak naik atas kepala.
Lagi satu hal, bila puak DAP ni tuduh orang, selalunya dia yang buat benda tu.
BalasPadamDiharap cek status sebenar warganegara penduduk kat Penang dan Selangor.
Tak nak buat takpelah, kalah nanti dengan majoriti ribu-ribu ntah dari mana jangan salahkan orang lain.
Sindiket dalang yang kelola jenayah dan merasuah orang ni, tau jelah golongan mana.
Kerana menolak dan memfitnah kononya UMNO terlibat dalam projek ic..saya cadangkan umno saman wakil DAP tersebut.
BalasPadam