BREAKING NEWS

Ali Abd Jalil bangga jadi pelarian yang membangsat di Sweden.



Selepas passport antarabangsa dua ekor manusia biadap Alvin Tan dan juga Ali Abd Jalil dibatalkan oleh pihak Imigresen Malaysia, makin teruk penyakit mental dua individu terbabit didalam laman sosial facebook.

Status terbaru Ali Abd Jalil didalam Facebooknya telah memuatnaik gambar sekeping kad yang didakwa kad asylum, iaitu kad untuk pelarian antarabangsa. Maknanya sekarang, si Ali Abd Jalil ni merupakan seorang pelarian yang sedang membangsat di negara luar tanpa diiktiraf oleh kerajaan negara sendiri.

Ali Abd Jalil dengan bangganya menunjukkan bahawa dia dah menjadi pelarian di Sweden dan kononnya dia tak tertakluk dengan sebarang undang-undang di Malaysia. Dan budak melayu biadap tu dengan berlagaknya kutuk negara sendiri dan Sultan yang pernah berjasa pada seluruh kaum keluarga dia.

Pada budak tu, Malaysia adalah sebuah negara yang bangsat ditadbir oleh Umno dan Sultan. Sebab tu lah Ali Abd Jalil malu untuk mengaku dia orang Malaysia dan juga berbangsa melayu. Jadi dengan kad pelarian di Sweden, Ali Abd Jalil dah terlepas dari neraka dunia kononnya yang ada di Malaysia.


Sebenarnya, budak hingusan tu tak terfikir betapa susahnya hidup di negara orang berbanding di negara sendiri. Dia yang cari pasal bila menghina Sultan hanya kerana terpengaruh dengan politik kotor Pakatan Rakyat, lepas tu dia meroyan bila dikenakan tindakan undang-undang.

Kalau betul kerajaan Malaysia dan Sultan didalam negara ni zalim, kenapa Ali Abd Jalil sahaja yang ditindas? Dah tentu berjuta-juta lagi rakyat Malaysia yang terseksa dan merana dibawah pentadbiran kerajaan yang Ali Abd Jalil kata bangsat tu.

Sekarang ni, kita cuma tengok sejauh mana Ali Abd Jalil boleh lari di luar negara. Dan kita tengok sejauh mana kemampuan Ali Abd Jalil boleh jadi pelarian bangsat tanpa negara di Sweden tu. Percayalah, satu hari nanti Ali Abd Jalil tu akan merayu-rayu mintak nak masuk balik ke Malaysia.

Bukan sebab Malaysia ni sebuah negara yang sempurna.., tapi kerana tak ada negara lain seperti Malaysia didalam dunia.

Dan kita tengok sejauh mana Ali Abd Jalil sanggup jadi anjing yang menyalak bukit di negara eropah. Bukit selalunya takkan bergerak dengan salakan anjing kecil seperti Ali Abd Jalil, tapi anjing yang menyalak tu akan mati terjelir lidah kerana kepenatan!

Catat Ulasan

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online