BREAKING NEWS

WARGA SINGAPURA RUPANYA SUKA BOGEL DI PENANG.

Lima individu termasuk seorang lelaki Singapura direman tiga hari mulai hari ini bagi membantu siasatan kes pesta sukan bogel yang didakwa diadakan di Pantai Teluk Kampi dalam kawasan Taman Negara Pulau Pinang.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Lai Fah Hin berkata rakyat Singapura berusia 30-an itu menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya pagi semalam.

"Kelima-lima mereka iaitu dua wanita dan tiga lelaki berusia antara 24 dan 57 tahun dibawa ke Mahkamah Majistret George Town pada pukul 11 pagi untuk mendapatkan perintah tahanan reman," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata kesemua mereka termasuk dua yang disyaki penganjur pesta itu menyerah diri sekitar pukul 10.30 pagi dan 6 petang semalam.

Lai berkata sehingga kini tujuh daripada 15 individu yang disyaki terlibat dalam pesta itu ditahan.

Pesta itu hangat diperkatakan apabila video berdurasi lima minit 52 saat bertajuk 'Pesta Bogel di Teluk Bahang, Pulau Pinang' tersebar di laman sosial memaparkan sembilan lelaki dan enam wanita melukis badan, menari serta mengadakan acara sukan dalam keadaan bogel di pantai berkenaan. - Bernama

3 ulasan :

  1. pelakunya bkn islam di negeri yg diperintah oleh bkn islam yg menjadi sekutu parti islam..

    BalasPadam
  2. Berdoalah kepada Allah agar Pulau Pinang tidak didatangi bencana seperti tsunami lagi kerana di Pulau Pinang masih ramai lagi orang Islam yang warak serta zuhud kepada Allah takut terkena bencana juga...

    Seorang ulama menceritakan perihal seorang bapa mengadu kepadanya bahawa anak beliau berumur 8 tahun bermimpi berjumpa Rasullullah SAW memberi ingatan bahawa ada bencana yang lebih besar daripada tsunami akan berlaku sehingga meneggelamkan salah sebuah negeri ddi utara semenanjung.. - ceramah ustaz sheikh mohd zainul asri di youtube!

    BalasPadam
  3. Depa ni, kalau tangkap masuk lokap, jangan dibagi baju. Biar la depa dlm lokap bogel je utk kesihatan.

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online