BREAKING NEWS

PANAS!!! TUN MAHATHIR DEDAH KELEMAHAN NAJIB MEMERINTAH MALAYSIA.

Dalam hal teguran terbaru Tun Mahathir kepada Najib ni, rasanya kita tak perlulah ambik teguran tu sebagai perkara yang negatif.. Khususnya kepada penyokong tegar serta pemuja setia Perdana Menteri ke-6 tersebut ye..

Apa yang Tun M cakap tu ada betulnya beb.. Banyak jugak polisi Najib yang dilihat menyebelahi keinginan pembangkang yang dikepalai oleh Anwar.. Terutamanya dalam hal mansuhkan ISA.. Gua memang tak setuju langsung bila ISA dihapuskan..

So.., harapnya kita sama-sama lapangkan dada dan fahamkan betul-betul apa yang cuba Tun Mahathir ni nak sampaikan ye.. Kena lah ingat.., takkan lah pemimpin besar macam Tun M tu sengaja nak tegur kalau tak ada benda yang tak kena kann..




1. Ada orang yang memberitahu kepada Dato Seri Najib Tun Razak yang saya telah memburukkan pemerintahannya.

2. Saya tidak akan menyangkal kerana saya telah berkali-kali menegur dasar-dasar Kerajaan sekarang.

3. Saya menegur kerana saya berpendapat pemimpin yang tidak ditegur akan percaya segala-gala yang dilakukan oleh mereka baik-baik belaka. Hanya apabila ditegur sahaja barulah pemimpin akan sedar akan kesalahan dan mungkin akan memperbetulkannya.

4. Izinkan saya mencerita cerita dongeng berkenaan seorang raja Inggeris. Ia dikelilingi dengan ramai dato-dato yang mendakwa dia adalah seorang raja yang amat berkuasa keatas segala-galanya. Demikian pasang-surut air di laut pun akan patuh kepada perintahnya.

5 Alkesah, maka pada satu hari raja menitah untuk meletakkan takhtanya di pantai menghadapi laut.

6. Air sedang pasang dan raja bertanya kepada dato-datonya apakah baginda boleh hentikan air pasang supaya tidak basahkan kakinya.

7. Jawab mereka, “Ya, Tuanku. Air tidak akan sampai kaki Tuanku.”

8. Maka raja pun menitah supaya air laut itu tidak naik lagi.

9. Tetapi air laut itu terus pasang dan kena pada kaki baginda. Maka baginda pun murka kepada dato-datonya.
Demikianlah sikap dato-dato kerana ingin menyenangkan hati raja mereka.

10. Satu lagi cerita dongeng juga ialah berkenaan dato-dato istana yang tidak pernah menegur raja. Mereka sepanjang masa mengiyakan saja apa juga yang dilakukan oleh raja.
11. Satu hari raja masuk dewan dalam keadaan bogel. Baginda bertanya cantikkah pakaiannya. Semua angguk kepala dan berkata “Ya Tuanku”.

12. Hanya seorang budak yang berkata, “Tuanku bogel.”

13. Maka raja pun murka akan dato-datonya yang tidak berkata yang benar apabila dia bogel.

14. Kita boleh dapat sedikit pelajaran dari cerita-cerita dongeng ini.

15. Orang Melayu mempunyai banyak pepatah yang boleh jadi panduan dalam kehidupan mereka. Antaranya ingin saya sebut disini:
“Sayangkan anak tangan-tangankan
Sayangkan isteri tinggal-tinggalkan”
Dengan izin saya ingin menambah sedikit kepada pepatah ini.
“Sayangkan pemimpin tegur-tegurkan”

16. Saya lihat bagaimana orang Melayu tidak mudah menegur pemimpin. Walaupun pemimpin jelas bersalah, tidak ada siapa yang sanggup menegur secara terbuka. Tetapi di belakang pemimpin mereka akan keluarkan kata-kata yang kesat terhadapnya.

17. Mungkin saya berbeza sedikit dari Melayu lain. Apabila YTM Tunku membuat beberapa dasar dan tindakan yang tidak disenangi oleh ramai orang Melayu, saya menulis surat menegur Tunku.

18. Walaupun kerananya saya dipecat, tetapi YTM Tunku meletak jawatan sebagai Perdana Menteri. Mungkin bukan kerana teguran saya, tetapi hakikatnya Tunku mengundur diri.

19. Demikian juga dengan Tun Abdullah Ahmad Badawi. Mungkin kerana teguran, mungkin kerana prestasi buruk Pilihanraya ke 12. Tetapi hakikatnya Tun Abdullah juga letak jawatan.

20. Saya sendiri pun letak jawatan. Sebahagian dari sebabnya ialah kerana saya dengar bisik-bisik yang menyoal “Bila lagi orang tua ini akan pergi.” Saya percaya jika saya tidak letak jawatan, bisik akan jadi jeritan.

21. Pilihan saya bagi mengganti Tun Abdullah ialah Dato Seri Najib. Setelah beberapa lama dilihat bahawa dasar dan tindakan Dato Seri Najib tidak lebih berkesan dari Tun Abdullah.

22. Saya tidak sangka yang pencapaiannya dalam Pilihanraya Umum ke13 lebih buruk dari Tun Abdullah.

23. Harapan saya Dato Seri Najib akan mengambil ikhtibar dari prestasinya yang buruk dalam Pilihanraya Umum ke 13. Malangnya sehingga kini tidak ternampak apa-apa perubahan dari segi dasar atau pendekatan walaupun saya cuba menyampaikan pendapat saya, (yang juga pendapat ramai yang datang bertemu saya) secara langsung kepada Dato Seri Najib.

24. Saya tidak ada pilihan selain dari menarik balik sokongan saya. Ini pun tidak berkesan. Oleh itu terpaksalah saya menegur.

25. Apakah dianya yang saya fikir salah. Ia bermula dengan pendirian melayani semua tuntutan musuh. ISA dan undang-undang buang daerah dimansuh. Tindakan ini tidak sedikit pun mengurangkan tentangan oleh parti lawan. Sebaliknya jenayah bertambah dengan banyaknya kerana pembebasan ketua-ketua geng.

26. Demikian juga dengan sikap merendah diri kepada negara jiran sehingga urusan dalam negeri pun tertakluk kepada pendapat Kerajaan negara jiran.

27. Tetapi pendapat kaum dan parti yang kuat menyokong untuk menyelamatkan kedudukan Kerajaan tidak diberi layanan yang saksama.

28. Wang Kerajaan diguna untuk mempengaruhi sokongan rakyat apabila sahaja pilihanraya umum diadakan. Ini menjadikan rakyat terlalu bergantung kepada Kerajaan untuk segala-galanya. Bagi yang betul-betul miskin, bantuan seperti ini memanglah wajar. Tetapi beribu rakyat yang ditawar menolak bantuan wang seperti ini. Semangat rakyat untuk bekerja menjadi luntur apabila mereka diberi ganjaran tanpa apa-apa usaha oleh mereka. Semangat ini tidak akan menolong pembangunan Negara.

29. Dasar ekonomi mengutamakan tuntutan pengguna. Impot barangan digalakan dan industri tempatan diabaikan, bahkan dihalang oleh dasar Kerajaan.


30. Cuti ditambah sehingga adakalanya pekerja bercuti lebih satu minggu. Sebaliknya gaji minimum dinaikkan tanpa mengambilkira kenaikan kos yang boleh menjadi perniagaan dan perusahaan tidak bedayasaing dengan barangan impot.

31. Sesungguhnya banyaklah dasar, pendekatan dan perbuatan Kerajaan pimpinan Dato Seri Najib yang merosakkan hubungan antara kaum, merosakkan ekonomi dan kewangan negara.

32. Semua ini disebabkan penyokong Kerajaan tidak pernah menegur pemimpin.

33. Jikalau tiada siapa yang sanggup menegur, biarlah saya menegur. Saya pernah dipecat oleh Tunku Abdul Rahman, dipulau oleh Datuk Seri Abdullah dan difitnah oleh ramai. Jika kerana menegur saya akan didera, terpaksalah saya terima.

34. Bukanlah saya tidak sayang pemimpin. Tetapi saya lebih sayang bangsa dan negara saya.


TUN Mahathir Mohammad

10 ulasan :

  1. Tun!....Nobody perfect .....tapi alangkah bagusnya berusaha utk jadi lebih sempurna!

    BalasPadam

  2. Betul tu, kalau dah tak pandai belajar dari orang yang pandai... that made you perfect....kalau tak pun. Ini spend duit kat tuan pernasihat berapa billion Consultations fee yang rakyat Malaysia kena tanggung..

    Bagi aku, cara Najib tak ubah macam,

    Serupa menang sorak,
    Kampung tergadai ......

    Dasar lembutnya beliau tak membawa apa apa untuk UMNO/BN atau boleh membawa ke satu tahap yang boleh di banggakan....
    Sudah 5 tahun memerintah Najib takde satu pun boleh dibanggakan sebagi rakyat Malaysia...

    BalasPadam
  3. TEGURAN TUN MEMANG TEPAT TETAPI IANYA JUGA HARUS DITUJUKAN KPD PEMIMPIN2 UMNO YG LAIN. KAMI AHLI UMNO YG SETIA TAPI KAMI RASA MUAK DGN PERAGAI PEMIMPIN UMNO SEKRANG.

    BalasPadam
  4. malangnya kita tak ada banyak pilihan. pilihan yang kita ada semuanya busuk-busuk belaka maka kita kena pilih yang paling kurang busuk antara yang busuk-busuk tersebut tapi jangan lupa akhirnya pilihan kita tetap dalam lingkungan yang busuk sahaja.

    BalasPadam
  5. Umno berada di zone selesa.... Ah jib gor belajar dari mentor tun dolah. FAIL

    BalasPadam
  6. Teguran yang paling manis buat Najib..malah saya pernah mendengar bahawa Najib tidak akan mendengar nasihat walau daripada sesiapa sekali pun walaupun dikiri kanan beliau terdapat banyak BADAN PERISIKAN yang sepatutnya memberi nasihat kepada beliau baik dari segi Keselematan Negara Luar dan Dalam begitu juga berkaitan ekonomi. Apa tujuan pernghapusan ISA dan Akta Dharurat kalu bukan nak menunjukkan kebodohan kita sebagai seorang pemimpin. Tindakan yang diambil banyak memilih bulu...kalau melayu cepat sekali kalau bangsa lain...buat buat BUTA MATA...
    NAJIB kalau begini sikap dan cara kepimpinan engkau baik LETAK JAWATAN bersama sama dengan mana mana MENTERI yang ada seumpama BIAWAK HIDUP kepada rakyat MALAYSIA. Saya amat menyokong apa yang Ayahanda TUN MAHATHIR luah di atas....dan amat berharap supaya NAJIB dan MENTERI MENTERI yang seumpama BIAWAK HIDUP baik berundur segera.

    BalasPadam
  7. Sokong 100% kenyataan Tun..................

    BalasPadam
  8. Najib is more concerned about pleasing and impressing foreign leaders than actually leading the nation. About winning a popularity contest globally but failing miserably at running this country. However, I will still vote for UMNO/BN because the alternative is anwar/kit siang!!!

    So Najib, FYI, we are voting for UMNO/BN NOT because you are doing a "great" job but ONLY because we do not want anwar/kit siang to lead this nation!!!

    You should listen to the plight of the people.

    BalasPadam
  9. Najib buat pekak badak je....dia keluar KPI lah GDP lah apa apa lah pertumbuhan ekonomi segala....KPI dia sendiri tak ada!

    Kes MH17 runding dengan resistance Ukraine akan dijadikan modal BESAR melebihi segala nya pencapaian dia! Buang ISA, EO tu dia kata dapat sokongan majority, bila masa dia buat referendum ek?

    Jangan sampai melayu yang mengundi UMNO jadi meluat, tang tu baru sedar, tapi konco-konco dia dan semua kerabat boleh angkat kaki belah kat mana-mana je dia suka. Cina, keling sama juga dah standby PR OZ, America, Canada, UK, HK, Taiwan paling dekat dan memang ramai pun Singapura!

    Ada kerajaan buat perkiraan talibarut cinabeng, keling yang ngaku 'MALAYSIAN' tapi luar negara mencaci heboh segala nya.

    Sampai sekarang, satu-satu nya nama PM Malaysia orang luar negara cepat ingat dan kenal adalah Tun Dr Mahathir Mohamad!

    Ingatlah saat ni cinabeng tak akan percaya melayu-muslim di Singapura. Airforce, Navy, Armour, Artillery, Commando, Signal, Airdefence, dll. Yang ada melayu seciput boleh bangga tapi cuba tanya bila ke 'sensitive' area kenapa kena tunggu kat 'luar' ek tidak dibenar kan masuk??? Crew Kapal Selam lagi lah...tapi Malaysian Navy siap ada keling, cinabeng lagi tanpa disoal allegiance atau 'sumpah taat setia' keling cinabeng ni!

    LKY terang-terang meragui melayu-muslim di Singapura, melayu Malaysia dengan mudah ambil pendekatan berbeza. Cinabeng keling dari Malaysia dan luar negara lebih mendapat kepercayaan di Singapura dengan tugasan yang bergaji LUMAYAN dan yang berkedudukan TINGGI, PENTING dan 'SENSITIVE'. President aje sudah ada 2 keling selain cinabeng. Satu-satu nya melayu Yusof Ishak hanya sebagai pembuka tirai.

    Yang sedih nya cinabeng keling yang berkedudukan yang diatas semacam ada "...smirked in their face..., with somekind of satisfaction with the demise that befall the malays in Singapore siap boleh tanya "...What more do the Malays want? "! Yet the Malays in so many places have PAR or better qualifications, you name it Degrees, Masters (local or overseas) etc yet the Malaysian kelings and cinabengs whom had even called Australia or any other country 'HOME' gets the 'cream' of the job. Case of Amy Chua anyone? Its only one that has come out, many other cases are still under the carpet!

    Kepada Melayu-Muslim-Bumiputera Malaysia andai Najib is left to run riot, it will be the scariest nightmare that Dr Mahathir's is forthright in coming into the debate about Najib!

    Don't ever underestimate the power of the grassroot in taking matters into their own hands! Tu sebab LKY ambil pendekatan KUKU-BESI dan dia berjaya to tame the MALAYS and any cinabeng for that matter like Chee Soon Juan of SDP. Are they slowing down yet in opening up and taking a liberal approach like Najib's "Transformasongsang"??? No they are not. So why do you think cinabengs and kelings are any different from the one in Singapork?

    For these and ever I concur with Tun Dr Mahathir.

    BalasPadam
  10. Setuju dgn tanpa nama 5:35 ptg

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online