BREAKING NEWS

NASARUDIN TANTAWI DEDAH ORANG ANWAR DALAM PAS.

Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nasrudin Hassan menegur segelintir pemimpin yang hanya berselindung di sebalik perjuangan Pas namun sebenarnya tidak setia dan menyokong kumpulan lain.

Menurut Nasrudin, perjuangan sebenar memerlukan istiqamah iaitu aktif dan komited berdasarkan kasih sayang kepada jemaah bukannya secara bermuka-muka atau melibatkan diri dalam jemaah tetapi hati bersama kumpulan lain.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Temerloh menegaskan, kerjasama politik tahaluf siyasi Pas dengan pakatan pembangkang bukan bermaksud para pemimpin parti itu perlu patuh sepenuhnya kepada gabungan berkenaan melebihi ketetapan oleh parti sendiri.

"Kalau nak berjuang pastikan istiqamah iaitu aktif dan berada di jalan yang lurus. Komited dengan ketetapan dan peraturan jemaah. Semestinya jangan bermuka-muka. Contohnya, sudut depan kata bersama Pas tapi sudut belakang bercengkerama dengan kumpulan lain pula.

"Tahaluf ertinya kerjasama. Siyasi ertinya dinisbahkan kepada politik. Tahaluf siyasi ertinya kerjasama dalam aspek politik. Maka, ia bukan hubungan yang menyerahkan wala' kepada rakan tahaluf. Ia juga bukan hubungan intima' yang mengikat diri dalam segala aspek termasuk prinsip agama, perjuangan dan wadahnya.

"Letakkan kasih sayang kepada jemaah mengatasi segalanya. Jangan tubuh dalam jemaah tetapi hati dalam kumpulan lain," kata Nasrudin dalam laman sosial Facebook miliknya hari ini.

Walaupun tidak menyebut nama pemimpin terbabit, kecaman Nasrudin itu dipercayai mempunyai kaitan dengan pendirian Pas berhubung kemelut jawatan Menteri Besar Selangor yang sedang berlaku ketika ini.

Pendirian Pas berhubung kemelut berkenaan dilihat tidak konsisten apabila Mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat pada Ahad lalu memutuskan untuk mencalonkan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail bersama timbalannya, Azmin Ali sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Bagaimanapun, pada sebelah petangnya, Pas akur dengan ketetapan pakatan pembangkang yang tetap menamakan Wan Azizah sebagai calon tunggal.

Sehari selepas itu, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan Pas tetap berpendirian mencalonkan dua nama itu sehingga mencetuskan pelbagai persoalan bagaimana parti itu boleh mengeluarkan pendirian yang berbeza dalam tempoh singkat. - Utusan


p/s: Sapa pemimpin yang Nasruddin maksudkan..? Adakah Mat Sabun? Stopa Spenda? Husam Kambing ataupun Hatta? Korang pilih la sendiri yeee... Hahahaha

10 ulasan :

  1. Alhamdulillah....

    BalasPadam
  2. Puak-puak ini mungkin tidak mengerti dan faham erti berjemaah... sebab itu as syahid Hassan al Banna memulakan hukum bai'ah dengan 10 rukun dan rukun yang pertama ialah al fahmu... hendaklah anda faham!....Akal yang Allah kurniakan kepada hamba-Nya memang merupakan satu yang unik ... kerana itulah kita insan berbeza dengan haiwan. Maka selagi akal itu berfikir dan berfungsi... akan pasti ada berbeza pendapat dan berlainan kefahaman. Maka timbullah apa yang telah berlaku di dalam sejarah manusia...Oleh kerana itu Islam mera'ikan perbezaan pandangan dan pendapat dan ianya hendaklah dira'ikan dengan adab ... bukan apabila tidak sealiran dan sefahaman, maka ahli berkenaan dikatakan tidak wala' kepada pemimpin. Di dalam sejarah Islam pernah berlaku di kalangan sahabat yang berbeza pendapat dengan Nabi s.a.w. sehingga ada yang bertanya dengan Nabi s.a.w. apakah ia merupakan pandangan nabi sendiri atau wahyu yang diwahyukan oleh kepadanya??? Maka nasihat saya janganlah cepat kita menuduh seseorang yang tidak sependapat dengan kita atau pimpinan sebagai memberi wala' kepada orang lain...berbeza pendapat TIDAK bererti TIDAK WALA'....Bukan ahli sahaja yang patut patuh kepada peraturan jamaah.. pimpinan juga mesti patuh kepada peraturan jamaah dan perlu diingat bahawa pimpinan yang ada tidak maksum dan tidak ada jaminan yang pimpinan sekali-kali tidak melakukan kesilapan di dalam satu-satu isu dan masalah.... sebab itu kita lihat apa yang sedang berlaku dengan minda yang terbuka dan dada yang lapang...bukan cepat menghukum dan meng'out'kan seseorang.... Dia juga berjuang untuk Islam sepertimana saudara berjuang untuk Islam. Jangan terasa bahawa kita ulamak serba lengkap.... ulamak sekarang bukan seperti ulamak di zaman sahabat... mempunyai ilmu yang mendalam dalam berbagai bidang. Ulamak kita sekarang bukan sahaja dalam bidang keduniaan, dalam bidang agama yang mereka sendiri pelajaripun tidak dapat menguasai seluruhnya..... Sabda Nabi s.a.w. mafhumnya...."Kamu terlebih tahu dalam urusan dunia kamu (antum a'lamu biumuuri dunniakum)".

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mgkn yg depa paham jemaah ni stkt dok skali

      Pas tu pkt sokong mamat juboq

      Padam
  3. Alahhh.... ko tumbuk bayang2 jaaa tantawi..

    Hakikatnya pas x akan dpt lawan duit anwar....

    Masa zaman anwar dlm umno lg dia dah feeding org2 dia dlm pas....

    Bila dah keluar umno lg laaa anwar x malu2 nak kontrol org dia....

    Sapa x nak duit tantawi oiii.....

    Ko pon kalo kene bg peruntukan berjuta tercabut sarban tuu....

    Anwar declare kata duit tu dari sheikh arab saudi bla bla.... dari sheikh qatar.... ana penasihat qatar...dana fisabilillah

    Padahal duit jew dan neo con amerika....

    Org kalo main jubo apa pon dia bleh buat....

    BalasPadam
  4. hahaha tepat be mukaaa!!!

    BalasPadam
  5. anggap la balasan atas kebiadapan pas kpd umat islam dan melayu yg tidak menyokong mereka khusus ahli2 parti umno yg disungguh2 dijdkan sasaran atau semua kesalahan dan kebencian..
    akhirnya, krn sentiasa menutup keaiban diri dgn menyalahkan umno tanpa berbuat usaha meluruskan perjuangan..pas sudah jauh dari roh perjuangan islam.. dan dilihat sama shj dgn pkr dan dap.. suka berbohong,menyalahkan org lain,diri mereka sentiasa betul, perasan lebih demokrasi. mudah ckp ke tiga2 parti ini memegang konsep matlamat menghalalkan cara...

    BalasPadam
  6. PAS x berkat Tantawi wooiiiii

    BalasPadam
  7. Khalid samad jgn lupa...... Fulus Fulus.... Janji perut aku nombor wahid.... Lain-Lain pi mampos

    BalasPadam
  8. Pas, pkr dan dap sama saja, satu badan tiga kepala. Macam ular tiga kepala. Bergarak macam mana pun tujuan tetap sama. Kalau menipu sama2 menipu, kalau memfitnah sama2 memfitnah, kalau menghasut sama2 menghasut, kalau bab menuduh sama2 pandai menuduh, kalau bab membelit sama2 mengalahkan ular punya belit, kalau bab mempergunakan dan membodohkan kawan mereka mempunyai kehebatan yg setaraf, kalau pasal hasad dengki merekalah yg terhebat kalau bab tidak mahu mengaku kesalahan mereka no satu, kalau bab memperdagangkan islam mereka boleh berpakat dgn yg bukan islam. Berhujah tanpa fakta itu sudah jadi kebiasaan yg diamalkan. Bertopengkan islam amalan mereka. Walau bagaimana pun syukur kpd allah swt kerana masih terdapat segelintir dari mereka yg masih ikhlas berjuang kerana allah swt dan tidak terikut2 rakan yg lain.

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online