BREAKING NEWS

ANWAR TAK TIDUR 2 HARI FIKIR TRAGEDI MH17.

Perdana Menteri Malaysia hari ini mengakui tidak berpeluang melelapkan matanya sejak terjadinya nahas MH17 di Ukraine pada Khamis lalu kerana sibuk menghubungi pemimpin negara lain.

Katanya, beliau sibuk berusaha mendesak pemimpin dunia supaya tidak membiarkan penjenayah terlepas tanpa dikenakan hukuman berat dan supaya mayat mangsa dapat dibawa pulang dalam masa terdekat.

"Kita hendak sebelum Raya ini, mangsa itu dapat dibawa keluar. Dan mereka yang sudah dikenalpasti indentitinya, kerajaan Malaysia akan membawa mereka pulang ke tanah air dan boleh disemadi di bumi Malaysia," ujar Najib.

Bercakap di majlis berbuka puasa di Masjid Al-Najihin, Bandar Sri Permaisuri di Cheras semalam, Najib berkata sebagai pemimpin negara beliau juga gagal mengawal emosinya apabila bertemu dengan keluarga mangsa di Hotel Marriott Putrajaya sebelum itu.

Katanya, keluarga terbabit menjadi mangsa pertembungan geo-politik tahap tinggi yang tidak boleh diselesaikan melalui rundingan aman.

"Akhirnya siapa jadi mangsa? Bayangkan perasaan mereka. Sudah tentu mereka alami satu kehilangan yang tidak ada ayat yang boleh gambarkan sedihnya, hancurnya perasaan mereka apabila terpaksa melalui pengalaman sebegitu," katanya.


p/s : Tajuk diatas tu hanya mimpi semata-mata... Hahahaha....

Catat Ulasan

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online