BREAKING NEWS

AKTA HASUTAN TAK PERLU DIHAPUSKAN DEMI ISLAM, MELAYU DAN BUMIPUTERA.

Akta Hasutan 1948 tidak perlu dimansuhkan kerana ia dilihat sebagai benteng mengekang perbuatan menghasut berkaitan agama Islam, perpaduan dan kedudukan Melayu termasuk anak-anak Sabah dan Sarawak di negara ini.

Bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad berkata pemansuhan akta berkenaan bermakna membenarkan sesiapa sahaja yang tidak berpuas hati dengan hal kepentingan Melayu dan agama Islam boleh menghasut agar keistimewaan itu terhapus.

"Kita lihat ada kumpulan yang mahukan akta ini dimansuh kerana mereka telah mula menyebabkan Melayu berpecah-belah, mempengaruhi pemimpin Melayu bekerjasama dengan mereka dan menyebabkan perpecahan undi Melayu.

"Apabila akta hasutan ini dimansuhkan, ia dilihat sebagai kemenangan mereka," katanya ketika membentang kertas kerja pada sesi bertajuk Mempertahankan Perlembagaan Sebagai Asas Perpaduan Nasional dalam Wacana Islam dan Cabaran Semasa di sini pada Isnin.

Abdul Hamid berkata usaha mengekalkan Akta Hasutan juga sebagai usaha mengekalkan perlembagaan negara sedia ada.

"Kita bukan mahu meminggirkan atau menidakkan hak bangsa lain, tetapi kita hanya mahukan perlembagaan dipertahankan dan segala yang telah dipersetujui dikekalkan," katanya.

Abdul Hamid berkata dalam keadaan sekarang, pemimpin Melayu dan Islam tidak kira daripada parti mana harus bersatu dalam mempertahankan agama, kepentingan Melayu dan pertahankan perlembagaan Malaysia sedia ada.

"Kita kena kuatkan kerajan persekutuan, PAS, patut bekerjasama dengan Umno dan BN di peringkat pusat.

"Saya membuat seruan ini kerana percaya bahawa dalam keadaan sekarang pada hemat saya itu saja cara pertahankan kepentingan Melayu dan agama Islam," tegasnya.

Catat Ulasan

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online