BREAKING NEWS

[TERKINI] HADI AWANG SEMAKIN SEMBUH.

Datuk Seri Abdul Hadi Awang dijangka akan keluar daripada wad rawatan rapi esok selepas kesihatannya bertambah baik, kata Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa yang melawat beliau semalam.

"TGHH Alhamdulillah bertambah baik. Beliau boleh bercakap-cakap dan mengucapkan salam kepada semua di tanah air.

"Dijangka dalam tempoh dua hari lagi, beliau akan dipindahkan ke wad biasa," kata Husam dalam Facebooknya yang ditulis dari Istanbul, Turki hari ini.

Husam bersama isteri Hadi, Toh Puan Zainab Awang serta keluarga presiden PAS itu yang lain menziarahinya semalam di Medipol Universite Hastanesi, Istanbul. Turut serta dalam kunjungan itu adalah Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Dr Hatta Ramli, Pesuruhjaya PAS Melaka Adlin Zahri dan Duta Besar Malaysia ke Turki Amran Mohamed Zin.

Dalam satu kenyataannya di Facebook semalam, Hadi mengucapkan terima kasih kepada semua kalangan yang mendoakan kesihatan, memberikan bantuan dan kata semangat sepanjang beliau mengalami masalah kesihatan semasa di Istanbul.

"Alhamdulillah saya dapat merasakan kesihatan saya bertambah baik. Saya juga berdoa agar Allah SWT memberikan kesihatan ini untuk meneruskan usaha membawa amanah dari Allah SWT," tulis Hadi dari katil hospitalnya di Istanbul.

Hadi dalam kunjungan kerjanya ke Turki mengadu sesak nafas lalu dimasukkan ke hospital di Istanbul tiga hari lalu. Beliau dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi hospital itu kerana doktor bimbang berlaku komplikasi kepada jantungnya.

Turut serta bersama beliau di Turki adalah Setiausaha Politiknya Dr Ahmad Samsuri dan AJK PAS Pusat Dr Syed Azman Ahmad Nawawi. Syed Azman yang juga Ketua Lajnah Antarabangsa PAS telah mewakili beliau dalam semua acara di Turki sepanjang beliau berada di hospital.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menghubungi Duta Besar Malaysia di Turki untuk memberikan bantuan kepada Hadi sepanjang di sana. Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pula menghubungi pejabat Perdana Menteri Tayyib Racip Erdorgan, yang merupakan rakan rapat beliau, agar memberikan bantuan kepada Hadi semasa mendapat rawatan.

Sebelum itu, Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia, Muhammad Khalil Abdul Hadi sempat meluangkan masa beberapa minit berbual dengan bapanya, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di Istanbul, Turki.

Menulis di dalam facebooknya, beliau sampai pukul 6.00 petang semalam waktu Turki dan terus ke hospital untuk menziarahi ayahanda Presiden PAS.

“Alhamdulillah keadaannya bertambah baik. Masa saya masuk dalam wad, beliau sedang duduk atas kerusi dan sambil tersenyum dia berkata dengan bersemangat, "Ayah baru sudah tengok berita dalam Aljazeera".

3 ulasan :

  1. Tersenyum tengok berita? Berita Dyana kalah ke? Wakakaka

    BalasPadam
  2. Ini lah orang yg tak tahu bersyukur ..memecah belah masyarakat islam malaysia dengan fatwa songsangnye. Bertaubat lah Hadi sabelum sampai masa kau tiba. Kau xrasa bersalah ke?. Ke kau nak mampos dengan membawa dosa2 yg x terampun.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aku rasa kau yg nak mampos.

      Padam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online