BREAKING NEWS

SUAMI DEDAH ISTERINYA ADA BERIBU HELAI TUDUNG FAREEDA.

Sehelai tudung dah berharga hampir RM200.., cuba korang bayangkan untuk memiliki beribu helai tudung jenama Fareeda tu, berapakah nilai harga tudung yang terkumpul?

Jenuh la laki garu kepala kalau bini kemaruk nak beli tudung tu tiap-tiap minggu kann..

Tapi nak buat macam mana.., pompuan ni bukan boleh kira dorang punya perangai..

Kalau tak ikut nanti susah pulak.., dan kalau ikut.., kita lagiiiiii susahh beb..

Apapun jom kita baca pendedahan si suami yang tak tahan bila bini dia beribu tudung dalam simpanan.. Dah tu pakai sekali je beb lepas tu tak pakai dahh... Hebatt!!


Fizo Omar mendedahkan isterinya, Mawar Abdul Karim (Mawar), menyimpan ribuan helai koleksi tudung Fareeda.

"Mawar ada simpan beribu helai tudung dalam almari di rumah. Kalau dia dah pakai satu-satu tudung tu, dia tak akan ulang-pakai lagi. Itu juga sebagai satu promosi untuk jenama Fareeda.

"Mak mertua saya akan buat rekaan dan Mawar bertanggungjawab memakai tudung tersebut sebagai promosi. Jadi memang setiap hari dia akan pakai rekaan baru. Memang koleksi tudungnya sekarang dah beribu tersimpan dalam almari di rumah kami.

"Bukan tak mahu jual tudung-tudung tersebut, tapi Mawar ada cakap yang dia rasa tak sedap hati nak jual ataupun nak bagi pada orang sebab dia dah pakai tudung tu walaupun hanya sekali. Dia rasa tak manis bagi barang yang dia dah pakai kepada orang lain.

Disebabkan dah terlalu banyak, saya ada sarankan supaya jual saja. Sekarang saya tengah cuba puJuk dia untuk buat pre-love (jual dengan harga rendah). Tapi soal harga tu, belum ditetapkan lagi. Dan tak tahu lagi sama ada dia setuju atau tidak", kata Fizo Omar yang juga berkata tidak akan memaksa Mawar sekiranya isterinya itu tidak bersetuju.

12 ulasan :

  1. Entah ya tah tidak Fizo Omar ni.. Ini semua startegi business. Entah2 lepas pakai bini dia jual sapa tau tudung tu dah dipakai kebelum lagipun pakai sekali. Yang beribu2 helai kat alamari tu mungkin bukan tudung yg di pakai sekali tapi itu tudung2 stock lama yg tak terjual. Simpan dlm alamari isteri kata hanya pakai sekali utuk promosi nak jual balik. Dah nama berniaga. Zaman skrg klau tiak menipu tak berniaga namanya bukan masa zaman nabi dulu berniaga kejujuran diutamakan.

    BalasPadam
  2. Sedekah la, saham akhirat. Jgn kaya di dunia ja, akhirat bankrap. Fikir2kan dan slmt beramal

    BalasPadam
  3. Mengada ngada.....Boros

    BalasPadam
  4. Ini lah contoh "isteri solehin" yang boleh membawa keluarga hampir kepintu syurga....hmm masih ramai lagi yang lapar dan tiada tempat untuk berlindung diluar sana....

    BalasPadam
  5. Buat jualan amal je. Hasil ya sedekah kat aaak yatim.

    BalasPadam
  6. Boleh tak melayu tak dengki dengan melayu ? Tak habis2 cerita tudung fareeda ni. Tolong promosi ke apa ni? Tak ada isu nak dijadikan isu naik menyampah aku dengan orang2 yang nak menjatuhkan bisnes orang ni.

    BalasPadam
  7. POYOLAH LU FIZO...LU JGN BERLAGAKLA DOL...ESOK DAH TERDUDOK BARU LU TAHU...PHUIII

    BalasPadam
  8. lbih baik didermakn..pahala pn dpt.tk la nnti umah jdi stor

    BalasPadam
  9. bawa balik leta tepi jalan dekat bukit jawa dekat ore jual buah ulu atau wak gi kat tok guru ngajar hari jumaat pasti laku habis atau sedekah kat budak2 sekolah yik dikelantan adajuga faedahnya fahlanya. tu cadangan kito jah atau serah ko tok guru dia bulih bui ko sapo2 hok fio pikir layak bulih terime

    BalasPadam
  10. tudung nampak anak bukit... tak payah sedekah kat org... tudung x ikut syarak agama islam...

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online