Akibat krisis keyakinan pengguna khususnya bergama Islam terhadap produk Cadbury yang dikaitkan dengan DNA babi, syarikat pengeluar coklat tersebut dilihat mengambil pendekatan menyampaikan mesej harapan kepada rakyat Malaysia.
Dalam beberapa akhbar tempatan, syarikat itu menampilkan iklan satu muka dengan mesej harapan agar rakyat negara ini terus memberi kepercayaan kepada status halal produk mereka.
“Segalanya baik. Kembali ceria bersama kami.
“Coklat Cadbury yang dihasilkan dan dijual di Malaysia telah mendapat pengiktirafan sijil halal. Anda mempercayai kami selama 40 tahun dan anda boleh terus melakukannya.
“Terima kasih Malaysia di atas kepercayaan anda," mesej dalam tulisan itu dipetik.
Isu DNA babi timbul selepas kebocoran laporan analisa awal dari makmal Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bahawa dua produk Cadbury iaitu Dairy Milk Hazelnut dan Dairy Milk Roast Almond tercemar dengan DNA babi.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kemudian mengesahkan laporan tersebut.
Kemudian dari itu Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom bagaimanapun mengumumkan tiada DNA babi dikesan dalam dua produk coklat Cadbury berkenaan.
Pengumuman dibuat selepas Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menerima keputusan ujian dijalankan oleh Jabatan Kimia ke atas sampel terbabit yang diambil terus dari kilang.
Bagaimanapun sebahagian pengguna masih menyatakan rasa ragu-ragu mereka terhadap pengumuman pengesahan terbaru itu.

DAH MKN CADBURY BERTAHUN2 ADA SIJIL HALAL
BalasPadamJGN RAGU SEDAP DAN ENAK CADBURY
dah ada unsur keraguan..... apa nak pening2 kepala.... ISLAM itu mudah... kalau dah ragu, jangan makan lagipun banyak lagi makanan halal kat MALAYSIA.
BalasPadamSETIAP MANUSIA ALLAH KURNIAKAN DGN. AKAL......KALAU AKAL KATA BENDA TU HARAM...JANGAN MAKAN, TEPUK DADA TANYA IMAN,,,,, JANGAN DITANYA NAFSU.............

BalasPadamtak makan pun tak apa.... bukan boleh menyebabkan gangguan kesihatan kalau tidak makan.... kalau terpaksa, banyak lagi jenama cokelat.
BalasPadamSEKALI KAU TIPU AKU,SELAMA-LAMANYA AKU TIDAK PERCAYA DENGAN JENAMA CADBURY. PENGAJARAN UTK PENGELUAR MAKANAN HALAL....BILA TGK CADBURI,TEKAK AKU TERUS LOYA.
BalasPadamMati ke kalau tak makan cadbury....
BalasPadamkalau syubhah,baik tinggalkan terus je...banyak lagi yang halal yang enak dimakan..-
BalasPadamhehe..tiada peluang ke dua....
BalasPadamkini sy makan coklat buat sendiri..
popkok koko belakang rumah