BREAKING NEWS

AWEK PAILANG KENA GANTUNG SEKOLAH.. GELAP LAH MASA DEPAN!!

Ketua Polis Daerah Samarahan, Deputi Superintenden Lee Chong Chern berkata tiga suspek dalam video ‘Gadis Pailang’ akan didakwa.

“Ketiga-tiga dituduh mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan. Bagi suspek pertama ada tambahan Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah. Kes ditetapkan untuk dibicara 23 Jun ini,” kata Lee.

Paparan video yang dimuatnaik di YouTube menggemparkan pengguna media sosial di negara ini tentang gejala buli di kalangan anak-anak muda di sekolah.

Video pergaduhan pelajar yang menunjukkan seorang pelajar perempuan dibuli dengan kejam oleh sekumpulan pelajar perempuan lain turut muncul dan mendapat kritikan di media sosial.

Video itu bermula dengan sekumpulan kira-kira 10 pelajar perempuan sedang lepak berdekatan tangga, mengambil gambar 'selfie' dan menunjukkan isyarat 'peace' di kamera.

Kumpulan itu sebaliknya mula menyerang mangsa yang dilihat berdiri di antara kumpulan tersebut. ~awani

4 ulasan :

  1. tak lama lagi ada lah puak PR kutip dia jadi ahli parti. kelebihan dia bantai orang dan bolehlah suruh dia guling2 tentang kjaan. janji dia tentang kjaan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nnt dalam kubor , kau ckp kau macqi bn kompem xkene libas dalam kubur. Masuk syurga terus sbb hidup kau semua pasal politik

      Padam
    2. Tak pernah aku dengor pemimpin Umno ceramah cakap undi umno masuk sorga, tapi PAS dah banyak kali siap pasang poster besar2 depan masjid. Deme cakap undi PAS, mati terus masuk sorga tanpa hisab, undi Umno solat, Tuhan tak terima.

      Padam
  2. Kena masuk dia dlm sekolah budak jahat.. Rehabilitation.. Sya tonton video lebih 20kali, so unbelievable dan seram...

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online