BREAKING NEWS

SYARIKAT CAP AYAM NAK AMBIL ALIH PLUS?


Apa motif syarikat kecil seperti Idaman Saga Sdn Bhd yang bercadang nak ambil alih Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) pun gua tak faham.. Nak kata syarikat tu berdaya saing, tak nampak pulak dimana yang berdaya dan bersaingnya beb...

Setakat syarikat pelaburan cap ayam, mustahil mampu nak kawal selia PLUS tu kan.. Tambah pulak janji syarikat ni yang memang tak masuk akal sangat iaitu akan hapuskan kenaikan Tol untuk selama-lamanya.. Dengar memang best.., tapi tak realistik langsung bila difikirkan..

Teringat lagi.., tahun 2009 dulu ada jugak ura-ura Tan Sri Halim Saad nak ambil alih PLUS ni.. Tapi bila kerajaan minta RM50 juta sebagai deposit pengambil alihan, terus diam menikus puak-puak tu.. Nampak sangat dorang bukannya ada duit pun.. Cuma harap kabel besar je dalam kroni kerajaan..

Sekarang ni Idaman Saga pulak sibuk melobi tentang cadangan yang sama.. Dengarnya, Idaman Saga ni ada kaitan dengan Tan Sri Halim Saad tu jugak.. Misteri sungguh perancangan puak-puak elit tu kann.. Mesti ada udang disebalik batu tentang cadangan mengarut dorang tu semua..

Yang kita boleh nampak setakat ni, dorang bukan nak sangat peduli pasal PLUS tu beb.. Dorang mungkin cuma nak raih keuntungan diatas tanah disepanjang kawasan milik PLUS Berhad tu..

Cuba korang fikir.., kalau lah puak-puak tu komersilkan tanah disepanjang PLUS untuk keuntungan dorang.., confirm kaya raya beb.. Nak contoh? Korang boleh tengok kiri kanan jalan di sepanjang susur keluar Tol Juru menghala ke jambatan P.Pinang..

Dah habis Guan Eng dan kerajaan negeri gadaikan tanah sepanjang jalan tu untuk tujuan komersil.. Mungkin perkara yang sama akan dilakukan oleh Idaman Saga jika diberi peluang untuk ambil alih PLUS.

Kalau betul lah Idaman Saga tu nak bantu kerajaan, kenapa tak ambil alih je lebuhraya dalam bandar seperti Litrak atau LDP..? Bukan ke highway tu lebih untung sebab dalam bandar dan juga lebih senang diuruskan sebab tak ada banyak hentian R&R..

Lagipun, lebuhraya dalam bandar tu mempunyai jumlah trafik yang tinggi dan juga lebih murah rasanya harga pasaran berbanding dengan PLUS..

So kesimpulannya.., gua tak rasa Idaman Saga bercadang untuk ambil alih PLUS semata-mata nak bantu rakyat atau nak bantu kerajaan menangani masalah Tol seperti yang dorang war-warkan.. Tapi gua syak dorang tu sebenarnya hanya nak kaut tanah-tanah disepanjang laluan lebuhraya berkenaan je beb..

Lagipun, takkan lah syarikat cap ayam mampu menguruskan antara projek terbesar dalam negara? Kalau diluluskan, confirm akan ada yang kata kerajaan amalkan kronisme.. Elok abaikan je lah ye sebelum fitnah berleluasa.. Peace!


Catat Ulasan

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online