BREAKING NEWS

RAJA BOMOH PUN NAK BERTANDING DI PRK TELUK INTAN...


Raja Bomoh yang popular dengan aksi meneropong dan buah kelapa dalam kes kehilangan pesawat MAS MH370, Datuk Ibrahim Mat Zin diberitakan akan bertanding sebagai calon bebas di pilihanraya kecil Teluk Intan yang akan berlangsung pada 31hb Mei nanti.

Ketika ditemubual bersama dengan SuaraTv, Ibrahim menyatakan bahawa ramai penduduk Teluk Intan telah datang bertemunya serta mendesak beliau bertanding di kawasan berkenaan.

Ibrahim juga mendedahkan yang sebahagian besar penduduk di Teluk Intan merupakan saudaranya serta mempunyai pertalian darah dengan diri beliau.

“Ramai yang datang jumpa dan minta Datuk bertanding sebagai calon bebas.

“Datuk adalah anak jati Teluk Intan, lahir dan dibesarkan di sini. ” katanya

Selain itu, Ibrahim juga membuat kenyataan bahawa semua ahli Persatuan Gayong Ghaib dan Persatuan Silat Selendang Merah juga bersedia menyokong dan menjadi jentera beliau untuk berkempen jika beliau bertanding nanti.

Bagaimanapun, Ibrahim belum pasti untuk menerima cadangan bagi menjadi calon bebas dan sedang memikirkan kemungkinan berbuat demikian.

Setakat ini, Dap dan BN telah menamakan calon mereka untuk merebut kerusi Parlimen berkenaan. ~ UtaraNews.com

2 ulasan :

  1. Mahaguru nak bertanding dalam PRK Teluk Intan... rupa rupanya gila glamour..bertanding lah datuk muga muga hilang wang pertaruhan.

    BalasPadam
  2. Dia dah abih teropong kot
    X pun teropong tipu dia

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online