BREAKING NEWS

LELAKI ARAB KURANG AJAR DI MEKAH.

Gelagat seorang anggota polis Arab Saudi meletakkan kakinya di kawasan Kaabah ketika berkawal di Hajar Aswad, baru-baru ini mengundang kemarahan Gabenor Makkah, Putera Mishal Bin Abdullah Bin Abdul Aziz.

Gambar tersebar di laman sosial itu turut menyinggung perasaan umat Islam di seluruh dunia hingga mencetuskan kemarahan di laman sosial.

Atas dasar itu, Putera Mishal mendesak Ketua Polis Makkah, Majer Jeneral Abdul Aziz Al-Souli menyiasat kejadian tersebut dan mengambil tindakan terhadap pegawai polis berkenaan.

“Saya sudah mengarahkan ketua polis untuk menyoal siasat anggota terbabit dan tindakan perlu dikenakan,” katanya.

Gulf News melaporkan, dipetik dari Al-Arabiya, aksi anggota itu secara terang-terangan menggambarkan beliau tidak menghormati tempat suci itu.

“Pihak berkuasa harus mengetatkan undang-undang dan memilih hanya anggota yang benar-benar layak untuk berkawal di situ,” menurut laporan itu. - SH

Catat Ulasan

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online