BREAKING NEWS

LAMARAN RAMKARPAL UNTUK DYANA SOFEA.


Calon DAP di Prk Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh membuat kenyataan bahawa mungkin selepas pilihan raya kecil Bukit Gelugor, Wanita DAP boleh membantu beliau mencari seorang wanita.

"Saya bujang. Mungkin, selepas (pilihan raya kecil) Bukit Gelugor, kempen saya seterusnya adalah untuk mencari wanita yang menyokong seorang lelaki," katanya dalam majlis makan malam 'kesaksamaan jantina, kemajuan untuk semua' anjuran Wanita DAP di Pulau Pinang semalam.

"Saya percaya, di belakang mana-mana lelaki atau seorang lelaki yang hebat, ada seorang wanita yang lebih hebat," katanya dihadapan kira-kira 800 hadirin di Dewan Han Chiang College.

Apakah kenyataan Ramkarpal ini ditujukan kepada calon wanita melayu DAP di Prk Teluk Intan yang baru diumumkan oleh Setiausaha DAP Lim Guan Eng?

Dyana Sofea yang merupakan calon melayu DAP di Teluk Intan juga dilaporkan masih bujang dan berumur 23 tahun. Mungkin itulah calon wanita sesuai seperti yang digambarkan oleh Ram Karpal

Tentu tiada sebarang bantahan dari ibu serta keluarga Dyana Sofea kerana difahamkan mereka mengamalkan kebebasan bersuara walaupun dikhabarkan ibu Dyana adalah ahli Umno. ~ UtaraNews.com

2 ulasan :

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online