BREAKING NEWS

CALON BEBAS BUKIT GELUGOR SEPARUH MAUT DILANYAK KERETA GUAN ENG.


Pada 20 mei 2014, bertempat di jalanraya lebuh pantai jam 1.55 petang hingga 2.20 petang, Abu Backer Sideq - calon bebas P.51 bukit gelugor didakwa bertindak menghalang kenderaan rasmi ketua menteri keluar dari pagar Dewan Undangan Negeri P.Pinang.

Abu Backer sebenarnya mahu berjumpa dengan Lim Guan Eng bagi menyampaikan satu surat jemputan tetapi dihalang masuk sedangkan calon DAP iaitu Ramkarpal dibiarkan masuk sewenang-wenangnya.

Tindakan Abu Backer yang melawan ketika dihalang masuk ke dewan DUN tersebut mengundang kekecohan apabila pihak keselamatan DUN bertindak menarik dan menghalang Abu Backer sehingga beliau terjatuh.

Abu Backer juga bertindak menghampiri kenderaan rasmi rasmi Lim Guan Eng dan terjatuh ke jalanraya apabila dihalang oleh pihak pengawal KM seterusnya beliau mendakwa mengalami kecederaan.

Pada jam 2.30, Abu Backer telah di bawa ke hospital Pulau Pinang menggunakan ambulan hospital tersebut dan keadaan dihadapan bangunan DUN telah kembali tenang.

Catat Ulasan

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online