BREAKING NEWS

UMNO TIPU SOKONG HUDUD.. - SAIFUDDIN NASUTION.


Tindakan pemimpin tertinggi Umno-BN yang menyokong pelaksanaan hukum hudud di Kelantan sejak kebelakangan ini didakwa sekadar membawa agenda politik tersembunyi.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail mendakwa sokongan terbuka pelbagai pihak termasuk timbalan perdana menteri sendiri tidak menunjukkan kesungguhan Umno-BN untuk melaksanakan hukum syariat itu.

"Sedetik pun saya tiada keyakinan Umno jujur untuk menyokong melaksanakan hukum hudud ini.

"Bagaimana dia (Umno) boleh menyokong Kelantan sedangkan mereka sendiri menolak hudud di Terengganu," katanya kepada Sinar Harian Online selepas berucap pada siri kempennya di Menara Majlis Perbandaran Ampang Jaya, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas lanjut keyakinan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa hukum hudud bakal jadi kenyataan berdasarkan maklum balas positif secara terbuka termasuk pimpinan tertinggi Umno.

Mengulas lanjut, Saifuddin menambah, sokongan Umno-BN didakwa hanya semata-mata untuk memecahbelahkan parti komponen PR seperti mana yang berlaku kepada Barisan Alternatif pada 2004.

"Apabila Umno hilang 2/3 majoriti, ketika tiada tanda-tanda sokongan rakyat kembali pulih Umno-BN, tiba-tiba mereka sokong Kelantan laksanakn hudud.

"Saya percaya sokongan Umno itu hanya bertujuan memecahbelahkan PR," dakwanya.

5 ulasan :

  1. daripada sokong hudud dengan tujuan tertentu, lebih baik jgn sokong terus sebagaimana pendirian PKR. langkah mayat saifudin dulu sebelum laksanakan hudud....

    BalasPadam
  2. Sekarang ni langkah mayat orang PKR pula... entah apa2 la.

    BalasPadam
  3. Hati mau baik be!!!. Dia yg tak sokong kata orang lain yg tak mau sokong. Sampai hari kiamat lah macam ni. Kau ingat kelakuan kau tu elok ke?

    BalasPadam
  4. Bila disokong.. Disanggah pula.. Apa lah puak dia orng nie.. Siapa sbnrya yg nk permainkn hudud nie??

    BalasPadam
  5. Sokong salah, tak sokong salah. Kita amik jalan tengah je la, undi rosak.

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online