BREAKING NEWS

RM 3000 SEBULAN UNTUK JADI RED BEAN ARMY DAP.


Tuduhan bahawa DAP merancang merekrut 10 juta ‘cybertrooper’ Red Bean Army (RBA) dan membayar mereka RM3,000 setiap seorang untuk Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang sama sekali tidak masuk akal.

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata, ia bukan saja tidak benar malah UMNO-BN dan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) di bawah mereka sebenarnya yang melahirkan “cybertrooper paling gila di dunia” untuk menyerang lawan politik mereka.

“Hanya orang gila paling gila saja yang akan percaya dan menerima tuduhan mengarut itu.

“DAP tidak mempunyai ‘RBA’ dan kami tidak membayar satu sen pun untuk mana-mana ‘cybertrooper’,” tegas Kit Siang.

Ahli Parlimen DAP Gelang Patah itu berkata demikian sebagai respons kepada cybertrooper dan NGO UMNO-BN minggu lalu yang mendakwa DAP merancang untuk merekrut 10 juta ‘cybertrooper’ RBA menjelang PRU14.

NGO terbabit adalah Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Ikatan Rakyat Ihsan Muslim Malaysia serta Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) dan diketuai oleh Presiden MJMM Abdul Rani Kulup Abdullah.

Catat Ulasan

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online