“Kalau betul kubur berkenaan bercahaya, ia membawa tanda yang cukup baik kepada jenazah berkenaan, namun setiap penyebaran berita itu mestilah dilakukan dengan bukti yang sahih,”
Semalam media dihebohkan mengenai penyebaran berita dan gambar liang lahad wanita berusia 35 tahun dari Bukit Gantang, Taiping, yang dikatakan bercahaya ketika arwah mahu dikebumikan Ahad lalu.
Penyebaran gambar serta maklumat kejadian itu tersebar di media sosial dengan memberitahu jenazah berkenaan ketika hidupnya adalah seorang yang kuat berzikir.
Menurut Harussani, kemungkinan besar sekiranya perkara sedemikian terjadi kepada kubur mangsa, ia membawa petanda baik kepada jenazah berkenaan.
Katanya, kejadian kubur bercahaya seperti itu tidak pernah tertulis dalam al-Quran mahupun hadis dan disebabkan itu penyebaran kejadian seperti itu mestilah dengan bukti sahih.
“Dulu-dulu pernah ada kes seperti ini, namun ia tidak pernah tertulis di dalam al-Quran mahu pun hadis. Kalau penyebaran perkara membawa kebaikan kepada jenazah tidak apa kerana dalam Islam, kita tidak dibenarkan memburukkan jenazah,” katanya.
Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) Datuk Mohd Yusop Husin ketika dihubungi berkata, pihaknya setakat ini tidak menerima sebarang laporan mengenai kejadian itu.
Tuan Mufti dengan segala hormat kepada kerusi Tuan sebagai Mufti dan juga jenazah/arwah serta kaum keluarganya dari sekeping gambar cahaya tersebut jelas ialah biasan dari pelapik jenazah. Terimakasih
BalasPadamMungkin juga kesan biasan seperti yang didakwa... biasanya benda begitu sangat mudah dijadikan seolah benda ajaib oleh orang2 yang terlalu nipis sifat keimanan. Jarang sesuatu petunjuk dari Allah dapat dirakam.. atau diperlihatkan sebegitu rupa... ada hikmah disebalik Allah rahsiakan keajaiban. Semoga rohnya dirahmati...
BalasPadam