BREAKING NEWS

GOBIND SINGH SAMBUNG PERJUANGAN LAWAN HUDUD PAS.


DAP dan PKR mendakwa mereka berhak membantah rancangan PAS untuk memperkenalkan hudud di Kelantan memandangkan PAS membentuk kekuatan bersama kedua-dua parti itu dalam Pakatan ketika PRU lalu.

Kerjasama ketiga-tiga parti itu dalam Pakatan Rakyat membentuk agenda bersama yang tidak melibatkan hudud.

“Jika PAS tetap ingin membawa rang undang-undang untuk melaksanakan hudud di Kelantan, mereka perlu jangkakan tentangan terbuka dan tegas daripada kami,” kata Ahli Parlimen DAP Puchong Gobind Singh Deo dalam satu kenyataan.

Menurutnya lagi, pelaksanaan hudud tidak pernah dipersetujui secara bersama dalam Pakatan Rakyat, sama ada di peringkat nasional mahupun negeri.

Beliau menyangkal kenyataan Timbalan Menteri Besar Kelantan Dato’ Mohd Amar Nik Abdullah sebelum ini bahawa PAS hanya bersetuju untuk tidak membawa isu hudud di peringkat persekutuan.

“Tidak benar dakwaan PAS itu. Ia adalah alasan lemah untuk menutup kebenaran bahawa selama ini hudud tidak pernah menjadi sebahagian daripada agenda Pakatan, meliputi semua peringkat, seperti yang diumumkan pada tahun 2011.

“DAP tidak akan tunduk dengan ugutan. Kami akan terus membuat dan menyuarakan perkara yang betul kerana pelaksanaan hudud jelas bertentangan dengan Perlembagaan dan agenda Pakatan Rakyat,” katanya dalam satu kenyataan.

Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat seperti yang dilaporkan dalam MStar, pada 14 Mei 2012, telah memutuskan untuk berpegang dengan persetujuan dalam Buku Jingga berhubung hudud, iaitu undang-undang itu tidak termasuk dalam dasar bersama.

Menurut laporan itu lagi, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyatakan bahawa PAS menghormati perbezaan ideologi dan menumpukan kepada isu-isu yang lebih penting seperti pilihanraya bersih dan adil, berbanding hudud.

Dalam pada itu, Gobind yang juga Pengerusi Biro Undang-undang DAP mengingatkan PAS bahawa sokongan besar rakyat kepada Pakatan dalam PRU lalu adalah disebabkan agenda bersama seperti melawan rasuah dan salah laku kerajaan, bukannya pelaksanaan hudud.

Catat Ulasan

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online