BREAKING NEWS

RAWATAN ISLAM KEPADA ADUN PALOH BERSAMA NIZAR JAMALUDDIN.


Petang semalam rombongan PAS Perak yang diketuai oleh Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Razman Zakaria, Nizar Jamaluddin dan Ustaz Radzi telah melakukan ziarah kepda Datuk Nozula Mat Diah.

Dalam lawatan tersebut dengan kebenaran Datuk Nozula sendiri Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Razman Zakaria telah melakukan rawatan secara Islam kepada Nozula demi meringan kesakitan dan kesengsaraan yang dialaminya kini.


Pada 17hb April 2014 yang lalu jam lebih kurang 6.30 petang kereta Nissan Murano ACA 777 yang dipandu oleh anak YB Datuk Nozula Mat Diah Adun Paloh, Kelantan, terlibat dalam satu kemalangan di Kilometer 23, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands, Pahang.

Isterinya Datin Maziah Din meninggal dunia ditempat kejadian dan Datuk Nozula mendapat cedera parah melibatkan 9 tulang rusuknya patah dan kini masih dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, Perak.

Semoga beliau cepat sembuhlah hendaknya. Aminnn.

Catat Ulasan

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online