BREAKING NEWS

PAS LAGI PANDAI SAYANG NABI BERBANDING UMNO.. - HADI AWANG


PAS tidak bermusim dalam menunjukkan sayang kepada nabi sebaliknya membuktikan sayang kepada Nabi Muhammad s.a.w. dengan meneruskan perjuangan nabi menegakkan Islam.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, mengingati Nabi Muhammad dengan cara menganjurkan program berselawat adalah baik tetapi dalam masa yang sama mesti membuktikan kasih sayang kepada nabi.

"PAS cinta pada nabi. Nak sehidup semati dengan nabi. Nak berjuang, nak tunjuk ajaran nabi yang ditegakkan oleh nabi. Dengan pengorbanan dan perjuangan. Kita tak main-main. Kita tak bermusim dalam perkara ini.

"Ada orang ada masa sayang nabi, sayang nabi; masa rasuah - rasuah, masa umrah - umrah.

"PAS tak macam itu. Ini cakap kita, inilah amalan kita jika diberikan amanah untuk rakyat," katanya sewaktu berucap di Himpunan Derita Rakyat Baling 2.0 di Pekan Kupang, malam tadi.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan Kerajaan Negeri Kedah yang menganjurkan program Malam Cinta Rasul, malam tadi.

Katanya, kerajaan seolah-olah tidak memahami derita rakyat sebaliknya hanya mampu menganjurkan program agama sedemikian.

"Alhamdulillah bagus selawat. Selawat menandakan kasih kepada nabi. Sayang pada Nabi Muhammad. Sayang pada nabi bukan sahaja berselawat termasuk berjuang cara nabi.

"Teruskan perjuangan nabi, perjuangkan ajaran nabi. Pertahankan nabi, pertahankan ajaran yang adil untuk semua, menyenangkan rakyat

"Berselawat menyebut nama nabi tapi dalam masa yg sama tidak mengikut nabi ini mempersendakan nabi," katanya. - Hrk

9 ulasan :

  1. OII! HADI AWANG..MANUSIA APA ENGKAU INI, ORANG BUAT SALAH KAU HENTAM, ORANG BUAT PERKARA BAIK PUN TAK BETUL JUGAK KAT KAU. TAK PAYAH LA ENGKAU NAK CAKAP PANDAI..SETAKAT CAKAP SAJA SEMUA ORANG BOLEH BUAT...TAPI ENGKAU..AKHIRNYA AKAN BUAT "U-TURN" JUGAK.

    BalasPadam
  2. 10 04,Hadi Awang adalah ulamak tersohor nusantara,tidal eloklah bagi kamu untuk mengomen sebegitu

    BalasPadam
  3. Ajaran Nabi saw umat Islam jadi ramai, ajaran adi menyedikit umat, yg ramai dah Islampun dikafirkan.
    Ajaran Nabi saw, hubungkan silaturrahim dan persaudaraan Islam, ajaran adi (dgn sekutunya ajis) tambah bermusuh dan membenci.
    Nabi saw ajar bersangka baik, dia pulak bnyknya buruk sangka.
    Nabi saw dan Sahabat sahabatnya r.anhum. lemah lembut berkasih sayang sesama Islam, tegas dgn yg kafir, geng si adi ni pulak, keras kasar terhdp org Islam, lemah lembut pulak dgn kafir.
    Tak paham aku, nabi manalah yg dia kata dia kasih dia ikut tu.

    BalasPadam
  4. "Ada orang ada masa sayang nabi, sayang nabi; masa rasuah - rasuah, masa umrah - umrah.
    -------------------------------------------------------------------------------------------------
    Dan ada org gak masa fitnah - fitnah akhirnya kene setepek 2 juta.......presiden parti yg ngaku paling Islamik kat donia lagi tuh.....

    BalasPadam
  5. ikut nabi ker jika pertahankan peliwat tegar bro? ikut nabi ker jika tuduh geng sendiri tanpa bukti jadi tokeh pil kuda? TGHH nabi mana tuan ikut bro?????

    sembilan peguam bela...takkan allah tak tolong jika ada penipuan dalam pendakwaan kes liwat. takkan sembilan otak otak otai law ni tak leh nak selit keraguan...melainkan kes yang amat kukuh dan dakwaan saiful amat benar.

    Kata kata hikmah yang selalu disebut ialah: hikmah itu hak muslim, ambilah dimana jua kamu menemuinya. nah, takkan TGHH yang dakwa ikut nabi......atas nama nabi saw...masih bersama peliwat itu.....atau TGHH mau jual nama nabi saw demi survival politik.na uazubillah

    BalasPadam
  6. Bila dah tengok ribuan umat Islam memberi sokongan kepada program seperti ini barulah PAS rasa terkodok.

    Selama ini proram mereka hanya untuk menipu dengan mengajur ceramah fitnah dengan tujuan kebas duit orang kampung.

    Kononnya nak bantu orang kampung yang selama ini dizalimi. Penoreh getah di Baling hidup melarat. Kalau dah melarat kenapa tak tolong, siap edar karung kebas duit rakyat masuk poket penceramah.

    Lama mana nak tipu orang kampung. Nabi tak suruh buat macam tu. Hadi Awang dan PAS sahaja yang buat perangai macam tu. Ingat laknat Allah swt.

    BalasPadam
  7. Derita rakyat lah sangat! Time sibuk ceramah tadah tin milo tadah karung guni kutip derma kat rakyat. Hangpa tak malu ka ??? Lepaih kutip duit rakyat pi joli dengan betina sundal kat hotel. Hangpa tak malu ka ??? Lepaih habih tarah bukit hangpa kata itu kerajaan UMNO yang buat, hangpa tak malu ka ??? Lepaih tutoh betina sundal tok lebai hangpa dia seribu bahasa tak mengaku, hangpa tak malu ka ??? Pejuang Islam taik kucin!!!

    -Cikgu Bidin, Sg Petani-

    BalasPadam
  8. Pak adi awang ni hebat lah. Sayang nabi sentiasa. Fitnah pon sentiasa jugak. Tipu orang pon sentiasa jugak. Orang politik la katakan. Kalau tak pembohong bukan ahli politik namanya. Tu pasal dok kena 2juta.

    BalasPadam
  9. @Tanpa Namamasalah kamu ni, semua ulama x boleh ditegur... baca sirah dan hadis nabi bahawa akan trdapat sebahagian ulama yg mggunakan agama utk kepentingan dirinya.... Adakah semua ulama pas maksum? bagaimana pula kalau harussaini yg bg pndpt? confirm kamu hina punya... dia ni pun ulama

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online