Lagi satu sebab gua tak suka guna Air Asia ialah disebabkan perangai berlagak sombong CEO dia.. Nampak zahir pun dah memang sombong sangat si Tony Fernandes tu kann...
Tambah-tambah pulak Air Asia baru-baru ni "popular" sangat dengan isu nasi lemak telanjang dan juga promosi pengiklanan yang melampau serta disifatkan kurang ajar..
Nak iklan pun iklanlah kann.., tapi pengiklanan Air Asia memang terbukti langsung tak mengambil kira sentimen Malaysia sebagai sebuah negara yang berbilang kaum serta penuh adat budaya..
Hari tu dorang ada buat iklan menghina jururawat didalam usaha untuk promosikan pakej perlindungan Tunes Insurance Malaysia.. Lepas dikecam hebat oleh pelbagai pihak, barulah puak-puak Air Asia tu terhegeh-hegeh nak tarik balik iklan dorang..
Itu selepas isu Nasi Lemak telanjang yang dikatakan menghina MAS yang didakwa menyediakan hidangan nasi lemak tak lengkap.. Tak ke macam budak-budak bila Air Asia jadikan isu terbabit sebagai iklan untuk dorang perli pesaing?
Dan yang paling baru, isu menghina juruterbang MAS MH370.. Air Asia secara terang-terangan menjadikan isu kehilangan MH370 sebagai modal memburukkan juruterbang syarikat MAS dengan penerbitan artikel di ruangan Pilot’s Perspective dalam isu terkini majalah Travel 3Sixty.
Kononnya juruterbang Air Asia lebih berpengalaman dan sentiasa memastikan pesawat yang dibawa tidak akan sesat atau hilang. Tak ke kurang ajar namanya tu beb?
Semua faktor-faktor ni menyebabkan gua hilang minat untuk naik Air Asia walaupun dorang tawarkan harga murah. Kecualilah gua tak ada pilihan sangat barulah gua akan pertimbangkan untuk ambil perkhidmatan syarikat penerbangan paling kurang ajar di Malaysia ni!
haha....skali je aku gune perkhidmatan Air Asia. Memang tak la aku nak naik lagi. Rela bayar lebih tambang MAS tapi berbaloi. Memang puas hati lagi naik MAS. Dan kalau Allah dah kata pesawat kau hilang, datang la pilot yang the best in the world, tak akan dapat tolong kau la. Lagi satu, iklan2 Air Asia ni, macam budak2 sekolah rendah bergaduh. Grow up la.
BalasPadamYg pasal article travel 360 tu.. ko org tak tau cita sbenar.. the whole article pun korang tak baca.. captain yg tulis article tu... dah tulis article tu sebelum kejadian mh370.. dah tulis berbulan before.... yes.. they published b4 mh370 terjadi... jadi just becoz org yg screenshot dat paragraph ko org buat kesimpulan macam2...lagipun about this article.. AA dah explained pn dulu... ko org pikir captain tu bodo ke nak buat article menghina ex company dia... he was with MAS jugk dulu.. and dia antara captain yg pertama bawak balik b777 tu for MAS.
BalasPadamKalau Airasia sucks pun.. just keep to urself la.. takyah nak buat blog2 mcm ni.. grow up jugak la korang..