BREAKING NEWS

#MH370 BUNIAN GUNA ILMU TERTINGGI.. RAJA BOMOH TERPAKSA SURRENDER..


Ibrahim Mat Zin yang popular selepas mendakwa pernah ‘menampar’ mati seekor buaya hari ini meluahkan rasa bingung keatas kehilangan pesawat MH370 Sabtu lepas.

Ditemui di KLIA tengahari ini, Ibrahim bersama sama beberapa pengikut lain dilihat sibuk menjalankan upacara memanggil semula pesawat tersebut serta menafikan dakwaan bahawa beliau menggunakan jampi serapah.

“Saya sendiri tidak tahu di mana pesawat itu berada,” kata Ibrahim dalam nada bingung.

“Tetapi saya sedang cuba sedaya upaya untuk membantu dalam misi pencarian ini. Saya tidak menggunakan jampi.., Saya ikhlas dalam hal ini,” tambah beliau.

Semasa upacara tersebut Ibrahim dilihat membawa dua biji buah kelapa. Ketika ditanya, beliau menjawab bahawa kelapa tersebut bertujuan untuk melepaskan tahanan didalam kapal terbang.

“Simboliknya, dua biji kelapa ini akan dilagakan kerana dapat melepaskan kubu tahanan ghaib,”

“Andainya di udara ataupun di laut dapat ditimbulkan kerana kelapa tidak tenggelam,” ujar beliau.

Pesawat MH370 hilang dari radar Sabtu lepas sewaktu terbang dari Kuala Lumpur ke Beijing.

Seramai 239 penumpang termasuk anak kapal berada didalam pesawat tersebut sebelum dilaporkan hilang setelah tidak tiba dilapangan terbang di Beijing.

3 ulasan :

  1. CUBA TERBUKA SEDIKIT..
    Bagi aku ibrahim iniseorang psikik .... yang diberikan kalebihan oleh Tuhan untuk membantu sesama manusia..PERSOALANNYA KENAPA DINEGARA BARAT DAN USA KHUSUSNYA PIHAK POLIS MENGGUNAKAN KHIDMAT PSIKIK UNTUK OPERASI MENCARI BOLEH DILAKSANAKAN...di Malaysia pulak menjadi sebaliknya dikutuk dan dihina .... UNTUK makluman Saidina Umar Alkhatab ( di madinah ) telah melihat Tentera Islam yang hampir kalah diserang Musuh dilokasi yang sangat jauh dan mengarahkan Panglima Perang Islam berhati2... Sila Rujuk Sejarah Umar Al khattab... Jangan pertikai Anugerah tuhan yg diberikan kepada Insan Terpilih.. TQ.. sekadar renungan ....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ilmu yg dipraktikkan ibrahim md zin ini telah diharamkan jakim pada tahun 2004, malah kitab al-quran atau hadis islam tidak pernah memberi panduan mencari yang sebegitu rupa, tindakan ibrahim md zin ini boleh dikategorikan sebagai satu ancaman pada agama, dan ia menjadi tanggungjawab setiap muslim untuk mencegah perkara tersebut, (amar makruf nahi munkar), bagi pihak luar negara yang meinta bantuan psikik pula, ahli psikik mereka tidak melakukan apa-apa seperti yg dilakukan bomoh ibrahim, malah psikik pula telah dirumuskan oleh suatu hipotesis kajian yang mengatakan ia adalah suatu pekara yang dijangka dari fahaman antropologi dan sosiologi negara tersebut, ia juga dikaitkan dengan human aura science seperti yang dipraktikkan reiki di japan. Tq.Teguran ini hanya sekadar memberi kesedaran atas perkara yang sebenar.

      Padam
  2. Masalah nyer U.S.A mner ader kepercayaan agama.. brbeza ler dgn ngara kita Malaysia.. tk dinafikan kaedah alternatif nie sesetengah nyer berjaya.. tk salah pun nk guna kaedah niee. Cuma lakukan dlm syaap2 scra rhsia.. tidak dketahui umum.. kerana simbolik pencarian dan alasan pengamal tue menjadi kutukan dan hinaan kpada agama n ngara.. semua mata mmandang isu ini bkan skadar Rakyat Malaysia sahaja.. se akan2 mncari publisiti n pelbgai tggapan akan memalukan negara sndiri.. so lakukan d tmpat lebih privasii.. selebih nyer Beserah Kepada Tuhan yang Maha Mengetahui

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online