BREAKING NEWS

KRISTIAN GUNA NAMA ALLAH SEBELUM NABI MUHAMMAD.. - DR MAZA


Asri datang lagi dengan kenyataan untuk mencari publisiti murahannya.. Gua terbaca dalam portal Malaysian Insider, Asri kata penganut Yahudi dan Kristian dah lama guna nama Allah sebelum kedatangan Nabi Muhammad SAW lagi..

Kata Asri, Bible di negara Arab semua guna nama Allah.. Cuma di Malaysia ni je yang sibuk tak bagi orang Kristian guna nama Allah didalam Bible..

Asri juga kata kerajaan menghalang penggunaan Allah didalam Bible kerana takut umat Islam di Malaysia keliru dengan penggunaan nama Allah oleh penganut Kristian sedangkan kekeliruan umat Islam tu isu remeh..

Disinilah yang Asri ni tak faham.. Kita sekarang ni cuba nak menjaga kesucian nama Allah tu dari digunakan oleh penganut agama lain secara sewenang-wenangnya.. Tambah-tambah pulak bila Bible nak diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu..

Kita sebagai umat Islam tahu bahawa Tuhan itu hanyalah satu iaitu Allah SWT.. Dan penganut agama lain nak claim berapa banyak Tuhan dorang pun kita tak kisah asalkan jangan samakan Tuhan dorang dengan Allah SWT..

Bila kita umat Islam benarkan Kristian pakai nama Allah didalam kitab dorang, apa jadi kalau agama lain pun nak guna nama Allah juga didalam kitab masing-masing? Kenapa Asri tak ulas pasal ni?

Takkan Asri sanggup tengok lepas ni dalam semua kitab Yahudi, Buddha, Hindu dan agama-agama lain ditulis Allah sebagai Tuhan? Memanglah Tuhan kita semua ni hanya Allah SWT tapi selagi perlaksanaan dan penghayatan agama tu bukan mengikut Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW, ianya dikategorikan sebagai SESAT!!

Berbalik kepada Kristian, semua orang tau agama Kristian tak sama dengan agama Islam. Islam menyembah Allah dan yakin tiada Tuhan selain Allah. Tapi Kristian jadikan serta memuja Jesus @Nabi Isa sebagai diantara Tuhan dorang.

Kalau kita benarkan Kristian guna nama Allah didalam Bible, masa depan nanti anak-anak kita akan keliru kenapa jauh beza Kristian dengan Islam sedangkan dua-dua ada Tuhan yang sama? Kristian tak payah sembahyang 5 kali sehari sedangkan itu diwajibkan didalam Islam.

Kristian juga tak payah puasa dan menunaikan Haji sedangkan umat Islam diwajibkan buat tu semua. Masa tu mungkin generasi muda akan mempersoalkan kenapa Allah "double standart" terhadap kedua-dua agama ni.

Yang ni lah maksud sebenar kekeliruan yang cuba dielakkan oleh kerajaan apabila melarang penggunaan nama Allah oleh agama lain di Malaysia. Kalau Asri kata di Arab bagi guna Allah didalam Bible.., itu dorang punya pasal lah.. Takkan kita nak ikut Arab pulak..

Kalau Asri suka sangat dengan Pak-Pak Arab tu.., elok je Asri berhijrah ke Arab bukak bisnes jual susu unta..

Sepatutnya Asri ambik jalan untuk menerangkan kepada Umat Islam di Malaysia tentang betapa bahayanya penggunaan nama Allah oleh agama lain didalam kitab dorang, bukannya merapu meraban nak cari glamer macam ni..

Asri tu orang yang dianugerahkan dengan kelebihan agama.., bukannya politician yang kerjanya membelit dan berjanji hujan emas pada rakyat.. So bila ada kelebihan agama.., bercakaplah macam orang yang bijak agama..

Kalau Asri nak berpolitik sangat, elok bertanding je masa Pilihanraya umum akan datang.. Asri kena ingat.., mengajar agama ni tujuannya bukannya untuk cepat popular.., tapi untuk menyampaikan ilmu serta dakwah kepada umat Islam..

Setakat nak buat lawak bodoh sambil panggil orang natang.., lepas tu berpolitik di mimbar untuk cari pengaruh.., gua pun boleh jadi Ostad beb... 

11 ulasan :

  1. mmg lah perkataan Allah diguna sblm Nabi MUhammad, dah tu NAbi2 sblm NAbi Muhammad tu menyeru beriman kpd siapa? tentulah kpd Allah..

    Isunya, sbg pemerintah kita tak benarkan penggunaan perkataan Allah selain dr takrif Allah yg esa, tiada syirik .. bukan masalah diguna sblm Nabi muhammad atau tak... asyik nak spin je ostad ni..

    BalasPadam
  2. Tujuan Allah utus Rasul adalah untuk membersihkan namanya daripada syirik. Hasilnya hari ini nama Allah tidak lagi disyirikan oleh puak Nasrani kecuali beberapa kerat Qibti sahaja di Mesir. Ini pula kita nak serahkan nama Allah kembali kepada mereka untukan syirikan. Apakah sanggup kita lihat "Allah, Ibu dan anak" terpampang diluar Gereja-geraja sedangkan Allah memberi kita kuasa di muka bumi Malaysia ini? Disamping itu bukan kita tidak ketahui agenda Kristian untuk murtadkan umat Islam di Malaysia - lebih berkesan menggunakan nama Allah daripada Eli. Apakah ilmu Asri tidak membawa beliau memahami perkara ini atau dia hanya pura-pura tidak faham. Asri juga menyokong segala usaha pemberontakan di Malaysia melalui Bersih 1,2,3, PTPTN, Barang Naik dsb sedangkan banyak nas menunjukan perbuatan ini Bughah. Asri mempunyai agenda tersendiri dan dengan lidah beliau yang tak bertulang dia mempengaruhi minda muda-mudi kita. Tujuan untuk mencapai agendanya dan bukan untuk menguatkan Islam.

    BalasPadam
  3. mcm2 hal le ostat google nih...

    BalasPadam
  4. Ulamak yang menyesatkan di akhir zaman

    Berkata Ali bin Abi Talib, Akan datang di suatu masa di mana Islam itu hanya akan tinggal namanya saja, agama hanya bentuk saja, Al-Quran hanya dijadikan bacaan saja, mereka mendirikan masjid, sedangkan masjid itu sunyi dari zikir menyebut Asma Allah. ORANG-ORANG YANG PALING BURUK PADA ZAMAN ITU IALAH PARA ULAMA, DARI MEREKA AKAN TIMBUL FITNAH DAN FITNAH ITU AKAN KEMBALI KEPADA MEREKA JUGA. DAN KESEMUA YANG TERSEBUT ADALAH TANDA-TANDA HARI KIAMAT."

    http://jalanakhirat.wordpress.com/2010/07/01/tanda-kiamat-kecil-dan-besar-2/

    BalasPadam
  5. Tapi kenapa Pope tak nak guna?? Ini yang aku marah dengan Pope. Pope ni tak belajar sejarah ke?

    BalasPadam
  6. Maza cakap tu betul, tp mrk mengungkap dgn mensyirikkanNya. Kita sepatutnya mendakwahkan mrk spt yg dilakukan oleh Ar Rasul saw bukan bersetuju dan menyokong mrk. Selemah lemah iman adalah membenci dan tidak meredhai kemaksiatan dan kemungkaran. Mungkar maksiat apakah yg lbh besar dr syirik ?

    BalasPadam
  7. Anon 11.09

    Umat nabi dahulu beriman kepada Allah. Tetapi penganut Kristian hari ini bkan umat Nabi Isa, Mereka jauh menyelewing dan engkar kepada Allah dengan tidak mengikut Nabi Muhammad.

    BalasPadam
  8. Bangang si maza ni! Kata dr tp bodohnya melantun2.. Suka sgt glamer haram! Esk ank dara ko nk kawin ngan org putih xpayah la mamat tu masuk islam sbb tuhan dia sama..bodoh, memalukn, otak pendek!

    BalasPadam
  9. alahai la ulamak google ni, sudah2 lah tu, kalau nak sgt paderi guna perkataan Allah yang maha esa, surut sunat dulu dan mengucap dua kalimah syahadah, dah jadi umat islam, lepas tu zikirlah nama Allah sepuas2nya.

    Orng kristian apa masalah korang ni, kalau sangat mempercayai Allah itu tuhan, masuk islam lah, kalau tak kau sembah lah tokong kau tu, jangan diganggu gugat agamaku ini.

    BalasPadam
  10. Hok ambo MENYAMPAH SEKALI ADA DUA MAKHLUK ..
    1. NIK AZIZ
    2. DR . ASRI
    Kenyataan mereka Berdua menbuat ramai umat islam Bercelaru ...
    Dulu dulu tiada kenyataan sedemikian rupa dari Agamawan ..

    BalasPadam
  11. satu kenyataan yang silap dari orang ni,dia ni tak cerdik ,tidak bijaksana dia hanya bijaksini.dia tak faham isu tapi nak tunjuk dia golongan bijak pandai.perkataan god dia orang nak tukar jadi ALLAH HANYA DALAM BIBLE BM SAHAJA .nAMPAK SANGAT TIPU MUSLIHAT PUAK YANG SESAT NI.Agama dia orang ni,tuhan dia orang ni dah jadi macam pasembur dan rojak.....

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online