BREAKING NEWS

GUA SETUJU KALAU HARD ROCK CAFE ADA DI PUTRAJAYA!!!


Gua tengok ramai jugak yang meroyan sangat pasal cadangan membina Hard Rock Cafe di Putrajaya tu.. Sampaikan ada para agamawan pun tumpang sekaki keluarkan "fatwa" larang kewujudan Hard Rock Cafe disitu..

Hari ni gua baca blog Tun Mahathir pasal isu HRC ni.. Gua memang setuju dengan Tun M bahawa hiburan ringan tak salah disediakan di Pusat Pentadbiran kerajaan tu.. Selama ni pun, banyak jugak pusat hiburan di Putrajaya selain dari bangunan kerajaan..

Kalau nak ikut pasal takut dengan penjualan arak di HRC tu, rasanya banyak lagi premis disana yang jual arak walaupun secara tertutup.. Kalau korang tak percaya, sila ronda-ronda dan tengok sendiri di sekitar Putrajaya tu ye..

Gua juga setuju pelancong akan bertambah kalau HRC diwujudkan di Putrajaya.. Dan jangan lupa bahawa HRC tu mempunyai pengikut yang ramai khususnya didalam mendapatkan cenderamata @souvenir ekslusif dari premis tu di seluruh dunia..

Dan takkan lah dengan adanya HRC di Putrajaya, peminum arak dan juga kaki clubbing akan penuh di kawasan tersebut kann.. Di Selangor tak ada HRC pun tapi berlambak disco, pub dan kelab dangdut di negeri Pakatan tu..

Lagi satu.., gua gelak sakan bila ada mangkuk hayun yang kata dorang bantah kewujudan HRC di Putrajaya demi menjaga kesucian tempat tersebut.. Puiiiii!!!! Poyo gila dorang punya ayat beb.. Macam lah selama ni dorang alert sangat pasal bab-bab kesucian ni.. Ntah-ntah nak ke Masjid di Putrajaya tu pun dorang boleh sesat..

Dan ada pulak yang bagi syarat kata HRC boleh dibina kalau hanya lagu nasyid je boleh dimainkan di premis tu.. Ni lagi satu lawak antarabangsa.. Buat malu negara je kalau orang luar dengar beb..

Apapun.., Hard Rock Cafe di Putrajaya ni tak jadi masalah besar sebenarnya.. Ada pun ok.., tak ada pun tak jadi hal.. Cuma gua ralat sikit bila ada pihak-pihak skema tak bertempat sengaja nak cari publisiti murahan je dalam isu ni.. 

Yang berdemo bagai hari tu pun bukannya semua jaga sangat "kesucian" diri.. Inikan pulak nak jaga kesucian Putrajaya dari pengaruh Hard Rock Cafe.. Wekkk.., geli telinga beb bila dengar dorang laung-laungkan bab kesucian tu...

Gua rasa.., kalau betul puak-puak yang bantah HRC di Putrajaya tu jadikan penjualan minuman keras sebagai alasan.., kenapa dorang tak berdemo depan 7-Eleven je? Kan premis tu pun jual arak secara terbuka jugak? 

Pening aaaaaa....

4 ulasan :

  1. 7 eleven kat putrajaya x der jual arak bro....masalahnya bro lokasi tu x sesuai..dekat dengan masjid..x kan kita nak biarkan budak2 melayu putrajaya dan kawasan sekitar melepak sampai pagi kat hard rock tu...ko yakin org bukan islam yang akan pergi hard rock putrajaya tu?betul lah kalau nak kira maksiat kat jambatan tu pun orang berdating tetapi sekurang kurangnya x der lah lagi satu tempat tambahan untuk mereka.

    BalasPadam
  2. Lepas buka hard rock, saya nak buka kafe soft rock.... ada juga jual arak yg murah.... bukan yg mahal. Yg murah macam tiger, stout yg cap brek kapal tu dan juga todi. Ada pelayan wanita. Pakai sopan. Pakai seluar dan baju yg lengan panjang. Tak boleh yg ketat... longgar saja. Jamin tak nampak lurah payu dara dan susuk bontot yg menggiurkan. Pelayan wanita ini utk layan pelanggyan. Duduk dgn pelanggan, peluk2 pelanggan, kalau pelanggan nak pegang pelayan wanita ni pun ok. Ringan2 saja... Pihak pengurusan Putrajaya ok kan. Boleh lulus!

    BalasPadam
  3. setuju dengan komen Tanpa Nama 7 : 24.. x sesuai..lagipun putrajaya mostly government staf..kalau ko alert sangat kt putrajaya ni pukul 10 dah sunyi sepi.. 'aman' jer.. banyak lg tempat lain kenapa putrajaya jugak nak bukak HRC..

    BalasPadam
  4. Semoga kau di beri hidayah oleh ALLAH SWT

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online