ATAS RESTU TOKONG AHBENG, NAMA ALLAH BEBAS DIGUNAKAN DI PENANG..

Posted by MPP On Isnin, 20 Januari 2014 1 comments
Merujuk kepada artikel yang di tulis dalam salah satu blog pro pembangkang hari ini kerajaan negeri Pulau Pinang di bawah pimpinan Lim Guan Eng dan DAP akan membenarkan penggunaan kalimah Allah serta 40 perkataan suci kepada bukan Islam dalam masa terdekat.

Apakah ini merupakan satu lagi tindakan pihak-pihak yang berkepentingan dalam usaha menyokong gerakan tuntutan penggunaan kalimah Allah oleh pihak bukan Islam di Malaysia ?

Paling memeranjatkan adalah kenyataan ketua menteri Lim Guan Eng yang pada dasarnya telah bersetuju untuk membenarkan penggunaan kalimah Allah untuk bible berbahasa Melayu.

Malah pimpinan kerajaan negeri DAP Pulau Pinang di beritakan sudah pun bermesyuarat dan akan menolak larangan penggunaan 40 perkataan suci untuk kegunaan bukan Islam di negeri ini termasuklah penggunaan nama Allah yang telah di buat oleh Mufti Negeri Pulau Pinang.




Sebelum itu Undang-undang Syariah Pulau Pinang melarang penggunaan 40 perkataan suci Islam termasuk kalimah "Allah" daripada digunakan oleh orang bukan Islam.

Mufti Pulau Pinang menegaskan terdapat 40 perkataan yang tidak boleh digunakan dalam bentuk tulisan oleh orang bukan Islam di negeri itu.

Antara perkataan yang dilarang penggunaannya oleh orang bukan Islam ialah 'Allah, 'solat', 'surau' dan 'masjid'.

Larangan itu diperuntukkan di bawah sub seksyen 48 (3) dan (4) Enakmen Pulau Pinang Pentadbiran Agama Islam 2004, eksklusif hanya kepada umat Islam.

Lain-lain perkataan ialah 'Firman Allah, Ulama, Hadis, Ibadah, Kaabah, Qadhi, Illahi, Wahyu, Mubaligh, Syariah, Qiblat, Haji Mufti, Rasul, Iman, Dakwah, Wali, Fatwa, Imam, Nabi, Sheikh, Khutbah, Tabligh, Akhirat, Azan, Al Quran, Sunnah, Auliya, Karamah, Syahadah Baitullah, Surau, Zakat Fitrah, Hajjah, Taqwa dan Soleh'.

Baca selanjutnya DI SINI..

1 comments:

Tanpa Nama berkata...

Biarla.. Takpa.. Nnt penang kita dpat semula
kita jual semua harta dinasti lim yg sedang dikumpul oleh dia dan kroni2 nya skrg atau dr dulu?
Hari ni dah tukar ketua polis baru org cina. Nmpknya lebih mudah dia nk diktatorkan penang kot. Operasi pembersihan kaum melayu keluar dr pulau pinang?

Catat Ulasan

Media Online

Share

MPP Online