BREAKING NEWS

NAJIB TAK BOHONG.., NAJIB CUMA MUNAFIK... - #lokman4nkp


Bila Lokman Adam yang perasan nak jadi Naib Ketua Pemuda Umno Malaysia tu kata kerajaan tak sepatutnya naikkan harga minyak, rupanya dia bukan bermaksud bahawa Najib bohong beb..

Si tora-tora gemuk tu cuma nak tunjuk pada rakyat bahawa Najib hanya pandai berjanji tapi tak pandai menepati janji yang dibuat.

Bagi Lokman, kononnya tindakan Najib mengurangkan subsidi minyak tu sebenarnya menunjukkan kerajaan tak prihatin. Dan kenyataan Lokman dalam The Star baru-baru ni menggambarkan seolah-olah Najib langsung tak tau menguruskan kerajaan dalam hal ehwal ekonomi.

Come on lah beb.., Lokman Adam ni baru je nak tawar diri sebagai calon NKP Umno.., bukannya dia tawarkan diri nak jadi Menteri Kewangan. Yang dia sibuk-sibuk bercakap pasal kenaikan harga minyak tu apahal beb? Saja nak tunjuk pandai ke?

Sudah la Lokman oii.. Lu dah la tak hensem.., so please la jangan tunjuk lu punya tak cerdik depan umum. Malu la KJ kalau orang macam lu jadi dia punya second man.

Lu canang satu negara didalam lu punya kempen kononnya lu paling hebat berpidato.., tapi setakat modal pidato lu hanyalah Anwar Ibrahim, gua rasa lu sama ja level dengan Ezam Kotak beb..

Pasal politik atau pasal ekonomi, dah terbukti lu fail lokman oii.. Itulah sebabnya lu tak boleh nak bezakan antara pengurangan subsidi dan juga kenaikan harga minyak..

Lepas tu.., oleh kerana kebebalan lu memahami polisi kerajaan dalam isu ni, lu ikut suka perut lu pulak nak tuduh kerajaan Najib munafik yee..? Mangkuk tingkat betul la lu Lokman..

So dengan reputasi lu sebagai penderhaka didalam PKR yang pernah mengkhianati Anwar Ibrahim.., lu dah tunjuk bunga-bunga kedangkalan lu terhadap Najib pulak..

Malu lah beb kalau orang macam tora-tora gemuk ni diangkat sebagai NKPUM nanti.. Takkan nak biarkan Pemuda Umno dapat NKP yang buat kerja bodoh maki Presiden sendiri kot?

Lengcai..., sendiri mau fikirlah beb!!!


7 ulasan :

  1. Kasi libas aja budak seekor nehh. SUka sangat bg bola tanggung

    BalasPadam
  2. Alahai..buat2 bodoh plak admin nih. dekat2 nak PAU ni kan memang biase pemimpin UMNO buat perangai luar tabie..ha3..kurangkan subsidi maknanya rakyat tak kene bayar lebih ke utk 1 liter minyak? sblm PRU13 bukan main cakap dalam paper harga minyak xkan naik lepas PRU. ni tak sampai 6 bulan PRU dah naik tak munafik kate ko? Patutla Madey selalu kate korg bodoh, aku xsuke sgt care Madey nih tp bab korg bodoh ni aku sokong Madey...ha3

    BalasPadam
  3. Aku sokong lokman. Tiada beza pun harga minyak naik dengan subsidi dikurangkan. Kalo harga dah naik...naik jelah. Lagi mau putar belit kurang subsidi. Ingat rakyat bodoh sangat ke pasal subsidi. Semua pun tau minyak disubsidi dan kerajaan tak mampu dah nak tanggung subsidi sebab nak tampung keborosan para menteri...sebab tu minyak naik. Pusing kot celah mana pun harga minyak tetap naik kan? Minyak naik..harga barang pun naik. Lagi mau pusing ka? Bagus lokman. Kau tak failed.

    BalasPadam
  4. Salam, Yang Betul dan Haq tetap akan Jadi Betul dan Haq.. Apa yang dikatakan oleh Saudara Lokman Adam itu adalah Fakta yang tidak boleh disanggah oleh sesiapa sahaja.

    Apa yang Loman Adam perlu tahu ialah, Kita Sebagai Manusia, Merancang untuk memberi dan mengadakan yg terbaik untuk masyarakat.. atau dlm ertikata lain Rakyat.. Akan tetapi Ketentuan Ilahi adalah sebaliknya...

    Kita perlu berfikiran Waras, Bijak dan terbuka dlm menangani semua permasalahan.. di dalam soal Minyak Naik, Kerajaan telah mengambil langkah untuk mengurangkan subsidi, supaya pendapatan negara dapat diseimbangkan untuk mengelak daripada permasalahan kewangan serius.

    Kerajaan amat perihatin kepada golongan miskin akan tetapi, pengurangan subsidi wajib di lakukan untuk mengukuhkan keadaan kewangan negara, di mana, Kerajaan mengambil pendirian Kepentigan KESELURUHAN RAKYAT MALAYSIA.. tak kira golongan miskin, sederhana miskin, sederhana, sederhana kaya dan golongan kaya tidak akan terjejas akibat daripada keadaan kewangan global yang tidak menentu.. Islam juga menekankan kepentigan UMUM wajib diutamakan di dalam mengambil sesuatu keputusan dan di dalam keadaan stabil, Kerajaan telah pon membukti Ianya Mampu memberkan bantuan kepada Golongan Miskin tersebut.

    Walaubagaimanapun, kita mengharap supaya keadaan kewangan global akan kembali pulih supaya Negara Kita dapat mengekalkan amalan bantuan kepada Masyarakat Miskin seperti sebelum ini, malah menambahbaik dan mengandakan usaha2 kearah meningkatkan sosio-ekonomi golongan miskin.

    Dengar dan Belajar daripada Blogger Din Turtle..

    BalasPadam
  5. Biasalah tu suara saka dari PKR (baru lepas dari PKR, macam mana boleh lepas dalam UMNO lak), kalau rasa2 nak minyak murah RM0.20 korang kena main forex bagi turun US$1 ke RM3.00 atau bawah, dan minyak kepada bawah US$90(sekarang US$102.00) tu lah harga minyak 4, 5 bulan yang lepas.

    kalau bising2 kenapa masa anuar TPM minyak murah, ni jawapannya

    http://satdthinks.blogspot.com/2013/09/apa-lagi-anwar-mau.html

    Kalau tanya kenapa gomen boros, belanja berlebihan.

    Tanya sendiri pekerja Gomen, paling kurang 33% pekerja Gomen adalah penyokong PR, takkan BN boleh kawal semua pekerjanya.

    BalasPadam
  6. @Tanpa Nama

    33% pekerja gomen adalah penyokong PR yg disalahkan. yg jadi bos 100% org BN lu tak tau ke? yg buat dasar, yg luluskan peruntukan semua bos2 BN.

    nasib baik ade gak 33% penyokong PR kalau x muflis lame dah negara.

    cube bace kuat2 sikit laporan audit negara tu, membazir, boros, tiris seme geng ko buat.

    BalasPadam
  7. ni lah umno. bila ada yg cerdik dia cantas.

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online