BREAKING NEWS

KOMEN NIK AZIZ PASAL PENYELEWENGAN AUDIT NEGARA.


Untuk memasuki negara lain, kita memerlukan pasport. Tanpa pasport, kita akan dianggap pendatang tanpa izin dan boleh diusir keluar bila-bila masa sahaja. Jika diusir, jangan salahkan sesiapa kerana itulah undang-undang yang telah difahami umum.

Demikian juga untuk masuk ke alam dunia ciptaan ALlah SWT ini, tetap perlukan kepada pasport. Pasport hidup di dunia ini ialah Islam yang syumul. Tidak berakidah dengan akidah Islam ertinya hidup di dunia tanpa pasport.

Berpegang dengan undang-undang selain undang-undang Allah SWT pula ertinya memegang pasport tanpa cop visa. Kedua-duanya salah dan boleh dianggap sebagai pandatang tanpa izin.

Jika diusir dari sesebuah negara boleh kembali ke negara asal. Namun, jika diusir dari dunia milik Allah SWT, ke mana lagi kaki ingin melangkah?

Itulah ibarat orang-orang yang hidup dengan undang-undang ciptaan manusia. Selama-lamanya manusia tidak akan mampu mengawal manusia.

Hari ini, saya membaca berita mengenai Laporan Ketua Audit Negara yang dikeluarkan kelmarin. Sekali lagi menyaksikan ketirisan berbillion ringgit wang rakyat yang dibelanjakan di sektor-sektor kerajaan.

Ia bukan jumlah yang sedikit. Bajet perbelanjaan negeri Kelantan sahaja hanya sekitar RM500 juta setahun, bayangkan jika ketirisan berbliion ringgit ini dapat diselamatkan dan diagihkan kepada negeri seperti Kelantan, berapa jutakah yang dapat manfaat darinya?

Sayangnya, ketirisan ini bukan kali pertama berlaku. Ia akan terus berlaku selagi Umno Barisan Nasional menjadi kerajaan.
Puncanya, undang-undang manusia tidak akan mampu mengawal manusia. Manusia boleh menggubal undang-undang, tetapi manusia tidak sebijak Penciptanya iaitu Allah SWT.

Sekawan kambing tidak akan dapat dikawal oleh kambing. Ia memerlukan kepada gembala. Manusia mustahil dapat mengawal manusia, mereka memerlukan kuasa yang lebih hebat, dan kuasa yang Maha Hebat itu ialah Allah SWT.

Takutlah kepada Allah SWT. Audit di dunia mungkin kita boleh melepasinya, namun audit di Akhirat nanti, jika gagal melepasinya hanya neraka yang menjadi tempat balasannya.

Sekian, wassalam.


Yang benar,

Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
Al-Mursyidul Am, Parti Islam Semalaysia (PAS)
Bertarikh: 26 Dzulka'edah 1434 H|2 Oktober 2013

6 ulasan :

  1. Kah kah kah... Nik ?Ajis nak wang ketirisan supaya dia sendiri boleh sebat? Apa jadi dgn isue Tanah Di Kelantan? Kenapa Kerajaan Kelantan Tak Kasi AG Masok untuk buat audit.. di Kelantan atau Panggil Independent Auditor utk check and balance Perbelanjaan Kerajaan Negeri..

    Setakat Komen orang bolehlah Pok Nik.. Passport Apa Yg ada pada Pok Nik yg terlalu meyakinkan Pok Nik untuk Masok Syurga Allah.. Berani ke Pok Nik Bila Mengadap Allah nanti? Isu Kalimah Allah yg nak di benarkan dalam Kitab Injil?

    MasyaAllah, kata dulang paku serpih, Kata Orang Pok Lebih.. Pie lah tengok Muka Kat Cermin dulu.. Bagus sanagt Ke Pok Nik? Isu Air pon Masih Merah, Jalan Merah..Alahai semuanya Nak Salahkan Kerajaan Persekutuan Tak Bagi Duit.. Kata Hebat Sangat Buat Ekonomi Islam? Tak Boleh Jana Duit ke?

    Itulah Duit Derma Masjid masok Poket Parti.. Nanti Jawablah di depan Allah, Di depan Para Malaikat..Apakah Pok Nik Ajis Tidak Pernah Salah Gunakan Wang2 Derma sehinnga ke Hari ini???

    BalasPadam
    Balasan
    1. Qs. Al-Baqarah : 216
      “Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui”

      Padam
  2. @Tanpa Nama
    Hambo setuju sesangat dgn Anon diatas (12.35 PG). Kuman seberang laut nampak, bunglow depan mata tak nampak....

    BalasPadam
  3. Hambo setuju sesangat dgn Anon diatas (12.35 PG). Kuman seberang laut nampak jelas, bungalow depan mata nampak kabur....hahahaaaaaa

    BalasPadam
  4. Kes anak syarikat kerajaan kelantan rugi tapi bayar bonus 11 bulan gaji tu apa hal. Nik aziz terlepas pandang ke... Pandainye pegawai tu, rugi tapi bagi ganjaran supaya syarikat untung balik tahun depan kot... Ataupun terus bangkrap.

    BalasPadam
  5. NAJIS ATAU TAHI DI JUBUR ORANG NAMPAK TAPI NAJIS DI JUBUR BERTEMPEK BUAT TAK RETI SAJA ORANG TUA KEPARAT NIH.

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online