Hairie, 42, berkata, biarpun pihak stesen televisyen tidak pernah menyenarai hitamkan namanya namun kebanyakan pengarah dan penerbit masih mengamalkan diskriminasi terhadap parti politik.
"Saya sedar kerjaya saya memang sudah tamat selepas terlibat dengan politik dan menyertai Pas tapi perkara itu saya sudah fikirkan sebelum saya mengambil keputusan tersebut.
"Saya harap kerajaan negeri Kelantan dan pemimpin Pas dapat membantu artis-artis yang menerima nasib yang sama seperti saya, yang mana pendapatan saya semakin terdesak ketika ini," katanya ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra Kerajaan Negeri Kelantan Bersama Selebriti, ahad lalu.
Turut hadir, Mursyidul Am Pas,Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah.
Majlis bersama selebriti ini adalah bagi meraikan para selebriti yang pernah membuat persembahan atau bekerjasama dengan Kerajaan Negeri Kelantan sejak tahun 2008 hingga 2013.
Tambah Hairi, pihak parti tidak hanya menggunakan selebriti dalam program ceramah dan kempen pilihan raya semata-mata.
"Sebagai pelakon cabang saya agak kecil berbanding penyanyi nasyid yang boleh membuat persembahan di majlis-majlis.
"Saya tidak mahu kami hanya digunakan untuk tujuan kempen atau ceramah sahaja tetapi banyak lagi khidmat yang boleh diberikan terutamanya dari segi kemasyarakatan," katanya.
Hairie apa? ... Hairie Othman ...
BalasPadamHairie apa? ... Hairie Othman ...
Hairie apa? ... Hairie Othman ...
Hairie apa? ... Hairie Othman ...
Hairie apa? ... Hairie Othman ...
Sori tak kenal.
Moral of the story, jangan gigit tangan ........
BalasPadamDah terhantuk baru nk terngadah.
BalasPadam...rezeki ada di mana2,yg penting usaha ... bukan PAS,UMNO,PKR ... yg bg rezeki ,.... Allah S.W.T yg satu ...
BalasPadamnak tanya x de lubang kerja nak jadi geng blogger umno ka kalau ada pm
BalasPadam...rezeki ada di mana2,yg penting usaha ... bukan PAS,UMNO,PKR ... yg bg rezeki ,.... Allah S.W.T yg satu ... ?????? kenyataan kurang bijak....
BalasPadamMINTA LAH DENGAN NIK AZIZ , BIAR DIA DOAKAN AGAR TURUN REZEKI DARI SYURGA BUAT HANG.......KAN NIK AZIZ TU MULUT MASIN DAN KERAMAT PULA.
BalasPadamislam larang keras taksub hizbi, taksub guru .., keluar dari hizbi dan belajar sunnah. sunnah bukan sunat, sunnah adalah wajib. kalau terus bergelomang dgn bab hizbi ni , byk fitnah menimpa.
BalasPadam