BREAKING NEWS

I.S.A PATUT DIKEMBALIKAN ~ TUN MAHATHIR


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) adalah undang-undang paling relevan bagi menangani dan mencegah jenayah berat di negara ini.

Menurut Tun Mahathir lagi, ISA harus dikembalikan semula dalam usaha mencegah kegiatan jenayah berat di negara ini.

"Kita buang ISA, mereka menggunakan itu untuk melakukan jenayah yang dahsyat.

"Kerana itu, mahu atau tidak, kita perlu kembali kepada cara yang lama," katanya.

Dr. Mahathir diminta mengulas Rang Undang-Undang Pencegahan Jenayah (PCA) (Pindaan dan Pemerluasan) 2013 yang dibacakan untuk kali pertama di Dewan Rakyat pada Rabu lalu.

Bacaan pertama pindaaan PCA dibacakan Ahmad Zahid minggu lalu di Dewan Rakyat bertujuan mengukuhkan kedudukan untuk menahan penjenayah tanpa bicara sehingga dua tahun.

Pindaan berkenaan akan menyamai ISA yang tidak memasukkan semakan kehakiman, kecuali melibatkan langkah prosedur.

PCA ketika ini hanya membenarkan tahanan selama 72 hari terhadap individu yang ditahan di bawah akta berkenaan.

Akta itu juga mengkehendaki tahanan dibawa ke mahkamah sebelum ditahan selama 72 hari.

Ia digunakan secara efektif sebelum ISA dikuatkuasakan dan melalui pindaan itu, Putrajaya ingin menggunakan akta berkenaan sekali lagi.

PCA bagaimanapun tidak meliputi kawasan Sabah dan Sarawak kerana ia dikuatkuasakan pada 1959 sebelum negeri Borneo menyertai Malaysia, dan pindaan hari ini akan memasukkan peruntukan melibatkan dua negeri berkenaan.

Catat Ulasan

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online