BREAKING NEWS

PEMIMPIN PAS KANTOI MELAWAT MAYAT CHIN PENG.





Pemimpin PAS Kedah, Fadzil Baharom hadir ke tokong Wat That Thong di Bangkok bagi memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Chin Peng kira-kira jam 7 petang semalam.

Fadzil menegaskan kehadirannya bukanlah mewakili PAS atau PKR tetapi atas keinginannya sendiri. Menurutnya, beliau mengenali ahli keluarga Chin Peng kira-kira lima tahun lalu dan berasa ada keperluan untuk memberi penghormatan terakhir di sana.

“Saya tidak akan hadir majlis pembakaran mayat pada Isnin kerana perlu pulang ke Kedah,” katanya yang telah lama mahu menemui Chin Peng secara peribadi tetapi tidak kesempatan.

Katanya, meskipun kerajaan Malaysia memberi tanggapan negatif kepada mendiang, beliau tetap menggelar pemimpin komunis itu sebagai pejuang.

“Sejarah Malaysia telah diubah. Saya merujuk kepada kisah sebenar.

“Dalam PAS sendiri, tidak ramai yang benar-benar faham tentang sejarah negara dan bagaimana fakta telah diubah.

“Meskipun kehadiran saya pada hari ini tiada apa yang memeranjatkan, tetapi saya yakin dalam lima atau 10 tahun lagi akan dikira sebagai detik bersejarah kerana memberi penghormatan terakhir kepada Chin Peng,” katanya tertawa kecil.

Beliau berkata sejak kematian Chin Peng pada Isnin lalu, ramai yang membuka kisah lama 88 tahun lalu di Internet.

Katanya, pendedahan sedemikian satu peluang kepada generasi muda untuk memahami sejarah.

Ketika ditanya, adakah pemimpin Pakatan Rakyat lain akan berbuat sepertinya, Fadzil mengangkat bahu berkata kehadirannya bukanlah satu masalah dan beliau tidak mengambil kira pandangan orang lain.

Menurutnya, memberi penghormatan terakhir bukanlah bermakna dirinya komunis atau mengikut ideologi fahaman itu tetapi sekadar minatnya terhadap sejarah dan Chin Peng adalah salah satu lembaran sejarah Malaysia.

Fadzil bertanding semasa pilihan raya umum lalu untuk kerusi Dewan Undangan Negeri Sungai Tiang tetapi kalah kepada calon Barisan Nasional, Suraya Yaacob.

10 ulasan :

  1. ala saja nak pergi thailand tu bfaham je le alasan tu baik ziarah orang mati.

    BalasPadam
  2. Sesat lagi menyesatkan...Sah Allah dah tarik hidayah dari mereka ni. Dihadapan Allah nanti bayangkan puak ni beratur dibelakang ChinPeng seorang yang telah membunuh ramai melayu islam. Pintu mana akan mereka tuju....sesat, sesat. Taubat la oi..

    BalasPadam
  3. Sejarah kita bukannya panjang sangat pun ... saya orang Baling yang amat-amat mengetahui kekejaman Komunis kerana semasa saya kecil Komunis berkeliaran dikampung untuk menrekrut kader-kader baru. Ramai orang kampung dari penoreh getah sehingga pesawah padi menjadi mangsa pengganas komunis. Saya takkan faham dari sudut mana Chin Peng dikatakan pejuang rakyat kerana jelas rakyat menjadi susah semasa Komunis tenagh kuat dulu.. Semangat inilah yang diambil oelh DAP bagii asas perjuangan mereka. Orang cina tidak akan sesekali ikhlas berkawan dengan melayu.

    BalasPadam
  4. Jgn cenderung kpd yg zalim nanti tersentuh Neraka.

    BalasPadam
  5. kenapa le ada org yg dianggap ulama dlm pas sggup jd anjing yg setia ngn puak2 komunis tuh..

    BalasPadam
  6. Melayu yang masih memperjuangkan Islam.24 September 2013 pada 12:13 PG

    Orang gila tak akan mengaku dia gila, ini lah yang terjadi kepada si mamat tu yg katanya memperjuangkan Islam. Dalam tak sedar diri nya telah menyakiti orang2 Melayu, sebab nak masuk siam buat projek katakan nak pi melawat. Inikah yg diperjuangkan oleh ahli PAS. Ini lah orang yg membuatkan mereka naik tocang.

    BalasPadam
  7. bangang sebangang bangang nya ...tak ada bangang lebih daripada bangang ni .. dah dah la tu penyokong pas .. tak kan macam ni pon tak boleh pikir ... baik jadi kambing la kalau gini pon tak boleh pikir

    BalasPadam
  8. Chin peng pejuang negara? Silahanat ni sanjung sangat? Maka samalah mcm syiah yang sanjung abu luluah.... Kan sama tu?
    Maka tak hairanlah kalau ada yang mengesyaki silahanat ni sebagai syiah... Macam mat sabu menyanjung mat indera sebagai pejuang.....

    BalasPadam
  9. BELIAU ADALAH SEKEJI-KEJI,SEHINA-HINA KEJADIAN DI BUMI MALAYSIA YANG BERTUAH INI........KETOLOLAN BELIAU JELAS TERSERLAH, KEBODOHAN BELIAU JELAS TERSERLAH,KEDUNGUAN BELIAU JELAS TERSERLAH DALAM PERKARA INI......ANAK AKU DARJAH 6 PUN TAHU SIAPA CHIN PENG...INIKAN PULA MANUSIA YANG BANGKA MASIH TAK RETI-RETI LAGI....KEBODOHAN BELIAU SETARA DENGAN MAT SABUN........SESUNGGUHNYA PAS ADALAH HABITAT KEJI TEMPAT BERKUMPULNYA MANUSIA YANG SAKIT ROHANI DAN MATI AKAL.....AMAT MALANG KELUARGA MEMPUNYAI BAPA SETOLOL INI.

    BalasPadam
  10. Allah sentiasa dipihak yg benar.. sebb sejarah malaysia byk yg diubah.. mcm kitab injil dulu semuanya benar.. tp org kafir mengubahnya dan dijadikan bible.. sama juga sejarah malaysia .. diubah menjadi kononnya hebat

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online