BREAKING NEWS

[EDISI GEMPAR] NIZAR TAK MENGAKU BERSAUDARA DENGAN CHIN PENG!!


Bekas Menteri Besar Perak, Mohammad Nizar Jamaluddin menafikan sekeras-kerasnya tuduhan pihak tertentu yang mengaitkan dirinya mempunyai hubungan kekeluargaan dengan bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng.

Sambil berseloroh, beliau 'menawarkan' DNA miliknya untuk dibandingkan dengan DNA milik bekas pemimpin pengganas tersebut bagi membuktikan tuduhan tersebut tidak berasas sama sekali.

"Ini merupakan satu fitnah yang amat dahsyat kepada diri saya sendiri. Dan saya cabar mereka kalau mereka boleh buktikan dalam konteks DNA, ambillah DNA saya dan periksalah DNA daripada debu-debu Chin Peng sama ada saya ada perhubungan tali kekeluargaan.. Saya pun nak tahu juga.

"Tapi kita sebenarnya satu keturunan. Itu saja. Saya menafikan sekeras-kerasnya.. Kalau mereka buktikan dengan DNA, saya boleh buat pertimbangan semula," katanya sambil tersenyum.

Baru-baru ini, beberapa buah blog mendakwa Adun Changkat Jering itu mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Chin Peng, di mana ibunya dikatakan merupakan sepupu kepada bekas pemimpin pengganas itu.

Memetik dakwaan sebuah blog, Kulaan Niring (http://kulaanniring.blogspot.com), Chin Peng juga adalah bapa saudara kepada Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham dan Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming.

Nga sebelum ini turut menafikan dakwaan tersebut.-antarapos

p/s: Cakap banyak pulak Nizar ni kann.. Mungkin DNA nizar tak sama dengan Chin Peng.., tapi perangai dua-dua memang sebijik beb.. Hahahahaha...

3 ulasan :

  1. pengganas komunis PAS aka Chin Nizar Peng

    BalasPadam
  2. Dah Cin Peng mampoih baru bru dia nak suruh pegu DNA. Pooodah...

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online