BREAKING NEWS

YANG BODOH DAN TAK BERAKAL SAJA KUTUK SAYA... - NAZRI AZIZ


Menteri Kabinet yang dilanda kontroversi, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz menggelar golongan yang melemparkan kritikan terhadapnya sebagai “bodoh” berikutan pelantikan anaknya sebagai pegawai khas di Padang Rengas.

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan yang terkenal dengan ketegasannya itu berkata beliau telah menjelaskan isu berkenaan kepada pihak atasannya, Datuk Seri Najib Razak.

“Saya tidak khuatir. Saya akan tentang mereka. Ia tak beri kesan kepada saya,” katanya hari ini.

Serangan terbaru ke atas Nazri datang dari penulis blog dan kumpulan hak Melayu yang menggelar menteri berkenaan sebagai angkuh kerana mempertahankan keputusan berhubung pelantikan anaknya, Nedim Mohamed Nazri sebagai pegawai khasnya.

Golongan tersebut turut mencabar Nazri untuk bertanding dalam pemilihan Umno yang akan datang untuk membuktikan popularitinya.
Nazri telah pun menjelaskan Nedim tidak dibayar kerajaan dan pelantikannya bagi membantu pelaksanaan aktiviti belia di Padang Rengas.

Selain itu, penulis blog Umno mendakwa, “Nazri sekali lagi berkata perkara tidak masuk akal. Pada mulanya memberitahu anaknya bekerja sukarela namun kemudian menjelaskan membayar sendiri gaji anaknya.

“Jika gaji dibayar, itu bukan sukarela. Tidak kira siapa yang membayarnya. Sukarela bermakna tiada bayaran,” jelas penulis blog itu.

Setiausaha Jaringan Melayu Malaysia Hamdan Mohd Salleh meminta menteri itu untuk meletak jawatan dan pergi melancong jika terlalu kaya.

Nazri berkata golongan seperti ini “tidak berakal”. Penulis blog telah memanipulasi Internet dengan cara yang tidak betul.

“Dahulu semasa pemilihan Umno, mereka mengancam untuk mewujudkan buku tentang pemimpin Umno dengan berharap segala dakyah yang dipaparkan mampu mengaburi mata masyarakat.

“Sekarang mereka menggunakan blog untuk menyampaikan perkara sama. Oleh kerana itulah mereka mahu saya bertanding bagi menguji tahap populariti,” katanya.

Nazri berkata beliau telah biasa bertanding dalam jawatan Majlis Tertinggi (MT) Umno dan kini beliau ingin berikan kepada generasi yang lebih muda untuk mengambil alih.

“Saya percaya ada calon yang lebih layak untuk bertanding. Bagaimana parti untuk menjana pemimpin baru jika orang yang sama menerajui MT,” katanya.

Nazri menjelaskan kewangannya kini berada pada kedudukan “selesa” dan kini masa berkhidmat kepada masyarakat.

“Saya telah berkhidmat kepada masyarakat sejak 18 tahun lalu sebagai ahli Parlimen maka inilah masa untuk berkhidmat dan tidak terfikir untuk meletak jawatan,” ujarnya.

Katanya, penulis blog yang berterusan menyerangnya menggambarkan sikap biasa orang Melayu yang tidak boleh melihat kesenangan orang lain.

“Nedim bekerja dengan saya. Saya bayar gajinya. Pegawai yang bekerja di kementerian bukan saudara saya,” katanya ~ TMI

6 ulasan :

  1. Menteri yg paling Boddow d antara lembu2 dalam pertandingan lembu2 Boddow sedunia. Boddow punya lembu.

    BalasPadam
  2. naya nazri ni jika menimbulkan konfliks dgn blogger....

    BalasPadam
  3. Kekuasaan dia sementara aje..melayu libreal yang termakan budi cina ni payah nak diajor..kewangan dah selesa cara macamana ko dapat..agak agak lah kalau nak bertegas..tegas tak bertempat..bodoh tak boleh diajar cerdik tak boleh diikut..tiada siapa dengki kalau ko senang jika berusaha sendiri ni tidak kalau bukan rakyat mengundi ko jadi mentri yang mana kuasa menteri tu yang buat ko kaya raya sekarang dah bongkak pulak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alah...kejap je dia senang 2...sekelip mata Allah leh tarik nikmat dia nti...bongkak sgt...dah le Liar...kita nk pemimpin umno biar low profile, humble, ikhlas baik hati...bukan riak takhbur camni.buat malu umno je si nazri ni..sampah!

      Padam
  4. Bapa borek anak rintik. Balasan dunia dari Pencipta mu semakin dekat. Tiada yg kekal di dunia ini dan masa untuk menginsafi diri masih ada kerana Penciptamu masing beri peluang kpd hamba2nya yg ingin bertaubat. Pesanan ini adalah juga untuk kita semua.

    BalasPadam
  5. Menteri Mulut Cenonot ni sendiri yang cakap dia tak nak tanding MT, nak bagi peluang dekat pemimpin baru. Apa salahnya kalau dia bagi peluang juga untuk pemimpin baru terajui Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan. Dia boleh balik dan jaga pengundi Padang Rengas. Bagi peluang untuk anak dia enjoy zaman mudanya puas2.

    Bila dah 18 tahun berkhidmat untuk masyarakat ni kadang2 kita rasa besar kepala jadi pemimpin, apa lagi bila dapat menang besar dalam PRU yang lalu. Cakap kita pun dah mula membongkak seolah2 kita sorang saja yang tempah kemenangan itu, kita saja yang berhormat dan yang dipuja2. Takde hal kalau nak cakap macam tu kat orang Padang Rengas, tunggu 5 tahun lagi boleh tengok langit tinggi rendah.

    Tapi saat ini dia seorang Menteri kerajaan Malaysia. Cukup angkuh dan celupar sekali Menteri Mulut Cenonot ini, memalukan UMNO, Melayu, Malaysia dan agama Islam sekali harong. Dia ingat Kebudayaan itu tarian Mak Yong saja ke? Atau dah hilang budaya Melayu dan ingin digantikan dengan budaya liberal seperti yang tercermin dalam kehidupan anaknya Nedim.

    Aku rasa tak perlu kita ada menteri berperangai buruk sebegini!

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online