BREAKING NEWS

[TRAGEDI GENTING] PENGUATKUASA DAN AGENSI MAKAN GAJI BUTA??


Sebaik sahaja tragedi bas yang meragut 37 nyawa menjadi tajuk utama berita dunia semalam, reaksi yang sudah dijangka daripada pemimpin-pemimpin kerajaan cepat menyusul.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein berkata pihaknya akan menyiasat kemalangan jalan raya yang paling dashyat dalam sejarah negara “sehingga ke lubang cacing.”

Ada baiknya jika siasatan yang dijanji itu bermula dengan mengenal pasti punca bas maut itu masih boleh beroperasi walaupun ia sudah disenaraihitam oleh JPJ.

Media melaporkan bahawa bas itu memang dalam keadaan usang dan mengikut saksi yang terselamat, brek kenderaan itu tidak berfungsi, menyebabkan pemandu hilang kawalan.

Adalah diharapkan pemerintah tidak cepat melenting sekali lagi tentang sikap alpa pengguna jalan raya apabila mengulas tragedi menyayatkan di Genting Highlands.

Masalah kecuaian pemandu dan kenderaan-kenderaan “nazak” di jalan raya berkait rapat dengan penguatkuasaan longlai, longgar dan sambil lewa yang semakin memburuk dengan peredaran masa.

Petunjuk jelas kepada fenomena ini adalah kenyataan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar bahawa 1.7 juta pengguna jalan raya tidak menjelaskan saman pelbagai kesalahan jalan raya.

Begitu ramai orang mengambil sikap begitu mudah terhadap saman, malah tidak keberatan menjadi pesalah berulang atau repeat offender.Sikap ambil mudah ini mempunyai akar umbi daripada ketiadaan sebarang tindakan tegas oleh pihak berkenaan.

Ia mencerminkan agensi penguatkuasa, baik polis, JPJ mahupun Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sebagai tidak bermaya dalam mengambil tindakan tegas yang dituntut.

Cadangan Khalid untuk menggantung lesen pemandu kenderaan komersil dan pengguna motorsikal yang melakukan kesalahan berulang kali sepatutnya dilaksanakan secepat mungkin.?

Namun penggubalan undang-undang sehebat mana pun tidak bererti jika aspek penguatkuasaan terus dipinggirkan.Polis trafik dan JPJ sudah lama dibelenggu dengan masalah kredibiliti daripada segi kesungguhan untuk menguatkuasakan undang-undang.

Mereka sering, (kadang-kala secara tidak adil) dikaitkan dengan ungkapan duit kopi dan sebagainya.

Kemalangan yang mengorbankan 37 nyawa di Genting Highland tidak boleh disalahkan kepada sambutan Hungry Ghost Festival atau pesta hantu lapar seperti yang digembar-gemburkan dalam beberapa blog.

“Siasatan sehingga ke lubang cacing” seperti yang dijanjikan oleh Hishamuddin harus berpaksi kepada sikap muhasabah dan keinginan untuk memperkuatkan aspek penguatkuasaan undang-undang jalanraya.

Cukup dengan retorik. Kini masa untuk bertindak. - KK

4 ulasan :

  1. Ada Majlis Keselamatan Jalanraya. Ada SPAD. Ada JKR. Ada JPJ. Ada Trafik.

    Palin penting ada Pengusaha Genting yang kayaraya. Apa mereka buat ? Mana tanggungjawab koporat ? Sumbangqn semula kepada kerajaan, kepada masyarakat ?

    Ada jawapan bukan? Sebenar nya SEMUA berlepas tangan. Tiada usaha bersepadu.

    Jika lah pihak Genting dan Kerajaan bergabung, gunung yang tinggi boleh di ratakan......

    BalasPadam
  2. Ah jib gor Ini lah KPI Kerismudin:

    Menteri Pelajaran.MPSMI....FAIL
    Menteri KDN.....Amaran....Fail
    Memangku Pengangkutan.....?

    BalasPadam
  3. ap brg?sblom terjadi la bende nie ptut di bendung...bkn lps jdi...spatutnye,SPAD , JPJ , POLIS pergi naik genting...tgk sdiri mcm mne driver2 bas nie bwk bas...dh mcm bwk kete dierorg buat...dh same laju mcm org yg bwk keta...hantar sorang dua pegawai...menyamar jdi penumpang...amik bas kt pudu or kl sentral or pekeliling...rase mcm mne dierorg bwk bas mcm mne...dh mcm lahanat...ap pn,nsik dh menjadi bubur...skang nie sume pihak sling tuduh mnuduh...haa gaduh la korang smpai lebam...

    BalasPadam
  4. dah nama pun kemalangan.malang x berbau.semua dah tetulis dlm ketentuan Allah.

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online