BREAKING NEWS

KHAIRY JAMALUDDIN KANTOI MENIPU UNTUK CEPAT POPULAR.


Khairy Jamaluddin dibidas kerana cuba memberi harapan palsu apabila mengumumkan kabinet bersetuju membatalkan cadangan menggunakan Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) terhadap peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang ingkar.

Menurut Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli, Menteri Belia dan Sukan itu menyatakan jemaah menteri membatalkan CCRIS adalah seperti memberi harapan palsu walaupun sebenarnya apa yang dilaporkan media arus perdana adalah jemaah menteri menangguhkan pelaksaan sistem itu.

“Ia adalah satu salah faham yang tidak patut berlaku bagaimana seorang menteri boleh menyampaikan maklumat salah, jadi beliau harus segera tampil jelaskan adakah kabinet sebenarnya mahu ia ditangguh atau dibatal,” kata Rafizi dalam sidang media di ibu pejabat parti itu di Petaling Jaya hari ini.

Oleh itu, tegas Rafizi, KEADILAN tidak akan berhenti berjuang mengenai ini sehingga mendapat kepastian, CCRIS tidak akan digunakan terhadap peminjam PTPTN.

Sebelum itu, Khairy melalui laman Facebook miliknya mengumumkan kabinet membatalkan cadangan menggunakan CCRIS terhadap peminjam PTPTN.

“Baru selesai Mesyuarat Jemaah Menteri. Alhamdulillah, PTPTN tidak akan meneruskan cadangan untuk menyenaraikan peminjam di bawah CCRIS.

“Terima kasih kepada PM dan Menteri-menteri Pendidikan kerana mendengar suara orang muda,” kata Khairy laman sosial miliknya.

Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh sebelum ini mengumumkan peminjam ingkar PTPTN akan dikenakan tindakan di bawah CCRIS, namun memberi jaminan tindakan itu tidak akan menindas peminjam yang majoritinya golongan belia.

Catat Ulasan

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online