BREAKING NEWS

TERKINI!!! RAJAGOBAL HINA PUASA ORANG ISLAM???


Beraksi dalam bulan Ramadan merupakan punca skuad Harimau Malaya tewas dalam tiga perlawanan persahabatan menentang kelab liga Jepun, kata ketua jurulatih kebangsaan Datuk K. Rajagobal.

Skuad bola sepak kebangsaan yang tiba di tanah air hari ini, kalah 2-0 kepada kelab divisyen satu Shimizu S-Pulse, Shonan Bellmare (5-0) dan kelab divisyen dua Tokyo Verdy dengan keputusan 5-0.

Mempertahankan skuad bimbingannya, Rajagobal berkata pemainnya tidak mempamerkan mutu persembahan sebenar apabila beraksi dalam keadaan berpuasa pada waktu siang kerana kurang tenaga namun mungkin akan menampilkan aksi berlainan pada waktu malam.

“Pada perlawanan pertama dengan Shimizu S-Pulse keputusannya tidak terlalu teruk kerana kita bermain selepas berbuka namun pada perlawanan persahabatan kedua dan ketiga kita bermain pada waktu siang,” katanya kepada pemberita selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang, hari ini.

Rajagobal berkata kekalahan itu memberi pengajaran bahawa jika mahu bermain dengan kelab-kelab yang berada di tahap tinggi, adalah tidak sesuai diadakan pada bulan Ramadan.

Kunjungan ke Jepun yang bermula pada 23 Julai lepas itu adalah sebagai persiapan skuad kebangsaan menentang Bahrain dalam aksi kelayakan Piala Asia 2015 di Kuala Lumpur, Oktober ini.

Ditanya mengenai desakan sesetengah pihak yang meminta beliau mengundur diri selepas kekalahan memalukan itu, Rajagobal berkata beliau akan meneruskan tugasnya sehingga kontraknya tamat pada 31 Dis ini.

“Jika majikan (Persatuan Bola Sepak Malaysia) buat keputusan, saya pun akan buat keputusan nanti. Sementara itu, saya akan jalankan tanggungjawab saya sebagai jurulatih dan jangan ganggu pemain serta saya,” katanya yang mahu terus memberi tumpuan terhadap latihan menentang Bahrain nanti.

3 ulasan :

  1. Tolonglah MPP, tolong jangan kaitkan semua perkara dgn penghinaan keatas islam..... Apa jadi kelak bila cina ubah siaran sewaktu azan diTV pun kita nak kata ini adalah penghinaan!
    Jangan jadi terlalu obses sehingga orng nampak kita mengada2. Atau memang sifat melayu ni banyak hingar bingar dari bertindak? Bising2 hanya mendedahkan sikap kita yang kuat bercakap dari berkerja. Lihatlah LGE yang tidak banyak cakap, tapi dah berapa banyak hak melayu dirampas secara senyap..... Ternyata cina lebih cerdik dari melayu.

    BalasPadam
  2. tgk la org2 melayu sekarang.. kalau menang si angkat2.. kalau kalah dibuang2.. typical malays..
    lpas tu admin tlg jgn nk pandai sgt nk jd mcm puak pembangkang.. suke2 nk pusing ayat pastu nk sebarkan .
    time menang sokong bagi datuk. tapi time kalah ckp tak qualified la.
    tolong ubah perangai dulu.
    sebelum nk tunding jar kt orang..
    tgk jari tu bersih ade tahi ke tidak .

    BalasPadam
  3. Rajagobal keling PKR

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online