BREAKING NEWS

LIM GUAN ENG AJAK SOI LEK DAN MCA MASUK PAKATAN RAKYAT.


Setiausaha agung DAP Lim Guan Eng mencabar parti MIC, Gerakan dan MCA meninggalkan BN sekiranya parti itu tidak bersetuju dengan tuntutan untuk menyiasat individu yang mendedahkan gambar mengenai isu kantin SK Seri Pristana.

Jika tidak, kritikan seperti yang disuarakan oleh presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berhubung tuntutan seperti itu hanyalah satu retorik semata-mata, kata Lim.

Beliau mengulas kenyataan Chua semalam yang menyifatkan ketua perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar "gila" kerana membangkitkan tuntutan seperti itu.

Selagi MCA, Gerakan dan MIC tetap bekerjasama dengan UMNO dalam BN Selangor dengan Noh Omar sebagai pengerusi, sebarang kritikan terhadap Noh Omar mengatakannya gila hanyalah satu lagi pementasan drama atau wayang kulit yang akan dilupakan dalam masa seminggu," kata Lim (kanan) dakan kenyataannya.

Begitu juga dalam pengetua SK Alam Megah yang mengakui memberitahu pelajar India dan Cina supaya "balik India dan China".

Lim berkata, pendirian MCA supaya pengetua sekolah berkenaan didakwa mengikut Akta Hasutan tidak akan dipandang serius, khususnya oleh Umno.

Ketua Pemuda MCA Datuk Wee Ka Siong dalam satu kenyataan hari ini berkata permohonan maaf pengetua SK Alam Megah itu "tidak ikhlas" dan menuntutu agar tindakan dikenakan ke atas guru berkenaan.

6 ulasan :

  1. CHetttt......doktor cina dgn cikgu Poh kat Johor tuh hina org Melayu dgn perkataan BABI n BODOH awat xpayah minta maaf pon....tgk tuh...cina samada dia DAP, PKR,GERAKAN atau MCA depa akan ttp bergabung kalo BANGSA mrk terusik...(yg tuh xdi pangggil RASIS ke).....

    Tapi kalo Melayu/Islam bkn takat kene maki hamun tapi di perlekehkan sewenang-wenang langsong xdak sapa nak bela...baik Menteri UMNO atau pon Melayu pembangang......memang Melayu kian mmprbodohkan diri....

    BalasPadam
  2. MIC & MCA kalau keluar dari BN lagi bagus. UMNO bolih menang tanpa kamu. Ada pun menyusahkan.

    BalasPadam
  3. Hanya gaduh je satu cara nak selesaikn semua kemelut ni.. da xde cara lg da..

    BalasPadam
  4. Aku pula nak cabar parti MIC, Gerakan dan MCA agar tinggalkan BN sekiranya parti-parti itu TAK BERSETUJU dengan cadangan SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA!

    BalasPadam
  5. MCA yang kalah dalam PRU13, sekarang nak tunjuk kepada semua orang merekalah yang sebenar membela kaum Cina, dahlah kaum Cina pun tak mengundi mereka, berlagak pula, MIC pun serupa menang pun atas ehsan pengundi Melayu, nak tunjuk mereka pembela kaum India,UMNO senyap aje, parti yang mana membela kaum Melayu, tidak suara pun, PAS dan PKR disenyapkan oleh pengundi CIna, tak boleh buat apa,termakan budi.

    BalasPadam
  6. MIC x yah laa masuk pakatan.kalu ko masuk pun dia x pedulikan ko

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online