BREAKING NEWS

TERKINI!!! MAHATHIR MENGAKU "DOSA-DOSA" BELIAU MUFLISKAN MALAYSIA SELAMA 22 TAHUN.


Kerajaan Barisan Nasional yang dipimpin Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 2008 mungkin adalah sebuah kerajaan yang kaya, namun rakyat masih tetap memilih pembangkang, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dr Mahathir menegaskan, walaupun Abdullah, yang juga dikenali dengan panggilan Pak Lah mendakwa mampu membuatkan kerajaan menyimpan berbilion ringgit duit kerajaan, rakyat tetap menyerahkan lima negeri kepada pembangkang dan BN hilang majoriti dua pertiga majoriti Parlimen.

"Pak Lah mendakwa kerajaan yang menang melalui Pilihan Raya Umum ke-12 adalah kerajaan yang kaya, namun amat menyedihkan rakyat tidak menghargainya.

"Mereka tolak parti kerajaan, memberikan lima negeri dan satu Wilayah Persekutuan kepada pembangkang, dan majoriti kecil kepada parti," kata Tun Mahathir yang berkhidmat selama 22 tahun sebagai Perdana Menteri Malaysia.

"Cuba bayangkan berapa bilion ringgit akan dapat diselamatkan jika saya bersara lebih awal sebelum membina Lebuh Raya Utara Selatan, Jambatan Pulau Pinang, KLIA, Pelabuhan Barat, Putrajaya, Cyberjaya, dan Menara Berkembar Petronas..," kata Dr Mahathir secara sinis dalam blognya.

"Kita sekarang sudah tentu akan duduk di atas gunung-ganang dipenuhi Ringgit," kata Tun Mahathir secara sinis.

Dr Mahathir juga turut menjelaskan, perbelanjaan besar juga terpaksa ditanggung kerajaan apabila Pak Lah membatalkan projek yang dirangkanya apabila terpaksa membayar pampasan kepada kontraktor.

Pak Lah sebelum ini didalam bukunya, Awakening: The Abdullah Badawi Years In Malaysia, berkata, Malaysia akan jatuh muflis sekiranya beliau mengikut jejak langkah berbelanja secara boros seperti Dr Mahathir.

Namun Pak Lah kemudiannya berkata kenyataan itu adalah tafsiran penulis dan bukannya dirinya sendiri. ~ MPP News


p/s: Baik punya perli dari Tun M untuk Pak Lah Badawi.. Bravo Tun M!!!

7 ulasan :

  1. pedihhh hulu hati

    BalasPadam
  2. bnyk dosa si M nie...tunggu ajela kat padang masyar....jgn nangis panggil mak sudah!
    jadi PM besar tanggungannya..jgn main2!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Abis tu ko ni maksum ke? Jgn hina M tu..atleast ada gak jasa sumbangan dia buat utk kita...ko leh bg apa? Jgn tmbhkn dosa dlm idup ko gan hina org...kita hya insan biasa je...ada kelebihan & kelemahan msing2...

      Padam
  3. pandangan org yg pandai Matematik!

    BalasPadam
  4. tajam sungguh, lebih tajam dari pedang samurai, itu org yang bijaksana berkata2 bukan bodoww mcm anon 9.20pg

    BalasPadam
  5. Ramai yang hanya highlight keburukan Tun M sahaja... entah benar atau tidak. Tiada bukti disertakan. Bukti yang nyata ialah pembangunan yang telah dikecapi rakyat Malaysia sepanjang beliau menjadi PM.

    BalasPadam
  6. Kalo dia byak tanggung dosa....tak de lah Allah plih dia jd satu2nye pemimpin Islam selain Arab Saudi msuk & solat dlam Kaabah @ Rumah Allah...org yg benci M ada ke rase nikmat tu? Hya isan terplih je Allah bg pluang cm tu...jgn ukur dosa phala org...yg penting jg iman amal ibadah kita sdiri dlu dh la...

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online