BREAKING NEWS

SERUNDING YANG PALING BERKAT.. SAPA MAKAN DAPAT PAHALA!!!


Sekarang ni, jual agama lagi untung daripada jual ayam beb.. Jual agama ni tak payah modal banyak.. Tenaga pun tak perlu pakai teruk-teruk.. Cuma kena pandai menipu, dan juga manipulasi je..

Korang tengok je lah satu produk yang dalam gambar diatas tu... Tau tau lah makanan yang dorang jual tu sedap atau tak, tapi penambahan zikir dan ayat al quran tu yang memang tak boleh tahan..

Inilah yang dinamakan jual agama demi kepentingan peribadi.. Kalau setakat nak berkat, baca bismillah sebelum makan pun dah cukup berkat beb..

Kalau setakat pasang CD mengaji dan zikir masa masak produk makanan tu untuk masukkan elemen-elemen berkat.., rasanya lebih baik suruh pembeli mengaji terus disebelah bekas serunding tu sebelum makan..

Dunia...duniaaa....

3 ulasan :

  1. dah penah jumpa air jampi dijual..sebotol 500ml dijual RM10 woooooooo..ntah brp kali ganda punya untuk jual air masak + jampi..

    BalasPadam
  2. Dudok satu koner....perhatikan gelagat orang2 melayu tentang hal ini.
    Nak tahu juga sambutan dari mereka2 ini....

    BalasPadam
  3. Beberapa tahun kebelakangan ini modus operandi peniaga banyak gunakan pendekatan agama islam dalam produk mereka. Kebanyakkan produk yang diniagakan guna keadah ini termasuk air mineral dan madu lebah. Air mineral diniagakan sebagai air syifaq lah, air al-quran 30 juzuk lah, air zikir, dan macam-macam lagi. Juga sama madu lebah. Kalau barang-barang ini diletak di kedai-kedai, umum tak beberapa laku. Pada lazim nya, dan umum, sasaran dan boleh dikatakan "mangsa" produk ini adalah mereka-mereka yang menghadiri kuliah-kuliah agama oleh ustaz-ustaz dan pendakwa, terutama sekali yang selalu jadi pembeli setia adalah kaum wanita. Golongan ini terlalu taksub sehingga apabila ustaz cacao pasal produk tersebut dibacakan ayat al-quran 30 juzuk oleh hafiz, atau di zikir, menderu mereka membeli tanpa sebarang ragu. Amat malang sekali murid-murid diperlakukan demikian untuk kepentingan dan keuntungan golongan terlibat. Sekarang ini banyak produk-peroduk lain yang mengguna pendekatan ini, seperti di atas. HANYA ALLAH yang tahu sejauh mana kebenaran dan keihlasan. Sekarang ni ramai orang islam (mungkin ada jugak yang bukan islam terlibat) tak takut dengan azab ALLAH dengan "menjual agama" dan menipu dengan mengguna agama. Kepada kaum wanita yang "kaki membeli" fikir-fikir lah. Jangan terlalu taksub sehingga percaya produk yang menggunakan agama.

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online