BREAKING NEWS

PELAKON LELAKI MELAYU BANGGA PAKAI RANTAI SALIB??


Dalam kita sibuk cakap pasal isu kalimah Allah yang dituntut untuk digunakan oleh puak-puak Kristian di Malaysia, kecoh jugak pasal ada sorang pelakon lelaki melayu yang dikatakan pakai rantai salib baru-baru ni..

Sekeping gambar pelakon tersebut yang dimuatkan didalam laman sosial Instagram, dah membuatkan banyak peminat beliau tak puas hati.. Puncanya adalah loket rantai pelakon tu yang dikatakan menyerupai salib.

Setelah diteliti, loket yang dikatakan salib tu sebenarnya adalah merupakan lambang "fleur de lis" yang juga digunakan sebagai logo kepada kumpulan PENGAKAP di seluruh dunia.

Sekali pandang, mungkin nampak macam salib.., tapi sebenarnya bukan salib seperti yang didakwa. Pelakon terbabit juga dah menjelaskan pasal hal ni kepada para peminatnya di laman sosial tersebut.

Walau macam manapun.., pelakon tu harus berhati-hati didalam hal-hal macam ni di masa depan.. Banyak lagi loket bentuk lain untuk dipakai selain dari yang boleh timbulkan kontroversi macam ni.



6 ulasan :

  1. Tapi rasanya simbol tu pun ada kaitannya sebagai simbol atau ikon kristian. Fleur de lis juga boleh di gunakan dalam konotasi Kristian sebagai simbol lambang tertentu.

    Kristian ada banyak simbol dan ikon tidak semestinya Salib sahaja. Sebagai contoh burung merpati, sauh, pengembala kibas etc.

    Memandangkan Jehan kata ianya bunga lily maka saya nak ingatkan mereka ada juga SALIB BUNGA LILY. Rujuk di sini http://ecclesiastica.blogspot.com/2012/07/rare-lily-crucifix.html .

    So Encik Jehan hati-hatilah ye.

    BalasPadam
  2. dulu segi tiga tiru illuminati, sekarang lambang fleur de lis salib plak,.,nampaknye lambang wau yg mmg lebey krang cm fleur de lis kene ubah lar nie...

    plese dont narrow your mind..

    BalasPadam
  3. @Tanpa Nama

    Pertamanya tiada sapa kata fleur de lis itu salib. Fleur de lis itu ialah bunga lily. Full STop.

    Cuma fleur de lis (bunga lily) itu juga memang simbol Kristian. Bunga taik ayam bukan salah satu simbol dan ikon Kristian tetapi bunga lily memang salah satu simbol dan ikonnya.

    Simbol Kristian BUKAN SALIB sahaja. Ada banyak simbol dan ikon menurut aliran gereja masing-masing. Ini fakta bukan illuminati lah apalah.

    Please dont narrow your mind sila semak sendiri Christian Symbolism.

    Satu lagi Bulan sabit seperti di wau Bulan bukannya ikon Kristian. Jadi nak buat apa ubah?


    BalasPadam
  4. soal lambang tu satu hal...org laki pakai rantai boleh ke?

    BalasPadam
  5. Ramai betul artis yang jadi tali barut geng2 penyembah iblis sekarang nih.. kaji la sikit asal usul 'fleur de lis', tujuan pengakap tu utk apa.. etc.. benda tu diwujudkan ada sebab. Tapi semua dah tertulis dalam Lauh Mahfudz.. So Jehan, if you're reading this, don't expect everyone is foolish like you. Tak payah nak tunjuk sangat la yang ko tu LUCIFERIAN. Penah tengok video orang tiba2 mati macam angin lalu tak? Malaikat maut sentiasa menepati masa.. Lucifer hanya menunggu masa untuk dijengah IZRAIL.

    BalasPadam
  6. korang ni kelam kabut pasal bentuk salib ke bukan...freemason...penyembah iblis bagai....yang terang2 nabi laknat lelaki yg menyerupai prempuan 2 (pakai rantai) xnk lak didebatkan.....lelaki kalau pakai rantai tulis sayang mak pun tetap haram...

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online