Dalam jawapan bertulis daripada soalan Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng di Dewan Rakyat, lokasinya belum dikenal pasti tetapi bakal ditentukan oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (MIROS).
"Sebanyak 1,079 kamera AES masih belum dipasang di seluruh negara.
"MIROS sedang mengenal pasti lokasi kawasan kerap kemalangan berdasarkan kriteria lebih terperinci menguna pakai data kemalangan kebangsaan yang terkini," kata jawapan bertulis Kementerian Pengangkutan.
Jawapan bertulis kementerian itu juga menyatakan kerajaan mengutip RM20 juta daripada 673,339 saman yang dikeluarkan sehingga 11 Jun 2013.
"Sehingga 11 Jun 2013, sebanyak 628,045 kesalahan memandu melebihi had laju dan 45,294 kesalahan tidak mematuhi lampu isyarat merah.
"Jumlah kutipan kompaun yang diterima bagi tempoh sama ialah RM20,020,500," kata kementerian lagi.
Putrajaya, bagaimanapun enggan mendedahkan terma dan syarat perjanjian konsesi berikutan ia dokumen terperingkat/rahsia dan tidak dapat dinyatakan dalam Dewan Rakyat.
Projek swasta bernilai RM700 juta itu bermula dengan 14 kamera dalam fasa percubaan tetapi JPJ berikrar melancarkan lebih banyak kamera menjelang akhir 2013. -TMI
p/s: Kenapa sikit sangat kamera AES tu dorang pasang hah??? 1079 kamera mana cukup beb.., patutnya setiap 100 meter di highway tu korang pasang kamera.. Baru betul!!
Apapun tahniah ye buat kerajaan.. Semoga lepas ni banyak lagi duit rakyat yang boleh dikutip melalui saman AES tu.. Ni barulah dinamakan Rakyat Didahulukan!!!
Bukan hanya kamera, UNDANG-UNDANG yang lebih ketat diperlukan untuk membela nasib mangsa kemalangan, terutamanya pemandu/penunggang kereta kecil dan motosikal, akibat KECUAIAN sengaja/tak sengaja pemandu GANAS, terutamanya lori-lori syarikat!
BalasPadamCuba lihat kemalangan jalanraya yang semakin menjadi dan ganas terutamanya kepada orang Melayu/Islam, terutamanya pemandu/penumpang motosikal dan kereta (terutamanya jenerasi muda termasuk dari universiti - orang Islam senang dikenali dari tudung, kopiah atau jubah mereka, ataupun ayat-ayat al-Quran di kereta atau motosikal). Sekurangnya 2 orang Melayu, terutamanya yang muda dan menunggang motosikal, akan meninggal dengan ngeri dalam sehari, terutamanya akibat kemalangan dengan lori GANAS – tapi ganjilnya, tiada pula lapuran, bangsa apa semua penjenayah ini dan itu baru berhari, belum lagi jumlah yang meninggal akibat jenayah atau kemalangan dalam setahun!
Jadi biarlah polis memberitahu dengan lebih jelas, latarbelakang pemandu dan penjenayah yang menyebabkan kemalangan dan jenayah. Dan pemandu yang cuai, dan menyebabkan kemalangan, harus dihukum berat dan perlu membayar pampasan kepada keluarga mangsa, terutamanya syarikat-syarikat pemandu lori yang ganas dan pemandu kereta yang kaya, terutamanya yang 4WD. Bahkan penjenayah-penjenayah lain juga harus bayar pampasan melalui kerja berat dalam penjara dan kemudian dari duit gaji kerja ini, bukan ´hanya dihukum penjara untuk goyang kaki, terutamanya penjenayah warga asing dan dihantar pulang ke negara mereka untung tanggung kos penjara!
Lihat kejadian amat menyedihkan ini, tetapi kejadian kemalangan yang makin meningkat sampai satu sekeluarga boleh menjadi mangsa, di http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Empatberanakmautnahas/Article/index_html, Empat beranak maut nahas, Oleh Fardy Bungga dan Rasmi Abdullah, 2013/06/28:
Tawau: Empat beranak termasuk bayi dan kanak-kanak, maut selepas motosikal ditunggang mereka bertembung dengan sebuah pacuan empat roda di Batu 7, Jalan Kalabakan-Tawau, malam kelmarin.
Dalam kejadian jam 7.30 malam itu, Jefry Januddin, 30; bersama isteri, Suriyani Burhan, 21; serta dua anak mereka, Asrah Wahidah Asdar, 3, dan Mohd Syukur Jefry, 1, meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala dan badan.
Difahamkan, Jefry dalam perjalanan menghantar isteri serta dua anaknya dari FELDA Kalabakan ke rumah mentuanya di Brantian, dekat sini.
Hilang kawalan
Bagaimanapun, sebaik tiba di lokasi, sebuah pacuan empat roda dari arah Tawau dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke laluan bertentangan sebelum merempuh motosikal dinaiki empat beranak terbabit.......
MAKCIK Tempurung – Pertahan Islam dan umatnya, UMNO/PM/Raja-Raja Melayu/Bahasa Melayu/K‘jaan BN, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera.
(PERHATIAN TERBARU: ada PENYAMUN penakut disyaki dari PENGGANAS/SAMSENG DAP/PKR/Red Beans militia durjana yang sekarang meniru gelaran saya sebagai “Pakcik/MAKCIK Tempurung/Temporung” untuk mengelirukan pembaca – mereka juga telah menyamar dengan identiti dan tulisan saya kononnya saya benci dan nak menggulingkan PM kita, dan juga saya seolah bersikap lucah, dan saya telah repot terus ke KDN dan Wanita UMNO!)
Jangan sampai ada pengguna yang bawa chainsaw kat lebuhraya sudah la ...
BalasPadamperkara ini perlu dilaksanakan dengan teratur dan dimulakan kajian secara menyeluruh, jangan hanya mengambil contoh dari Negara lain tetapi mengkaji kesesuaian cara pelaksanaan, adakah perlu 24 jam atau di pasang mengikut waktu tertentu dengan mengambil kira bilakah waktu berlakunya sesuatu kemalangan, cara penguatkuasaan adakah perlu melibatkan pihak ketiga atau dilaksanakan oleh agensi penguatkuasa sedia ada spt jpj atau polis, bila ada unsur2 keuntungan oleh pihak ketiga pastinya rakyat seolah2 menjadi mangsa walaupun terdapat kesalahan utk didenda, adakah rakyat kita telah di beri pendidikan dan pengetahuan secukupnya dlm aspek kesedaran tentang keselamatan jalanraya? menghukum mmg mudah tetapi hukuman semata2 tidak akan menyelesaikan masalah yang wujud. Apabila rakyat semakin hari semakin ramai yg dihukum akan wujud perasaan marah di dalam hati dan jika ianya ditambah perisa oleh pihak pembangkan ianya akan melemahkan kerajaan pada masa akan dtg, tiada erti memberi bantuan ihsan, bonus dan sebagainya tetapi ianya diambil semula dengan cara yang halus dan sah disisi undang2, rakyat semakin bijak menilai....jangan kita berbelanja terlalu besar untuk mengutip hasil yg pastinya besar akan dibayar oleh rakyat, sebaiknya kita tingkatkan taraf anggota dan kenderaan pada jpj dan polis agar mereka sentiasa dilihat berada di jln2 untuk penguatkuasaan. klu perlu penambahan anggota lakukan dan gunakan perbelanjaan untuk modal insan agar ianya dapat memberi kesan dlm jangka panjang. Apabila kesalahan ditangkap oleh kamera ianya memberikan hukuman semata2, tetapi apabila kesalahan tersebut dikesan oleh anggota penguatkuasa nasihat dan amaran serta pendidikan dpt dilaksanakan.....mgkn akan timbul isu rasuah dan sebagainya....tetapi kita harus igt tdk smua mslh dlm dunia ini diselesaikan dlm masa serentak dan singkat...setiap mslh mempunyai cara penyelesaian tersendiri oleh itu kajian terperinci perlu dilaksanakan lebih dahulu dengan mengambil kira kesan di segi ekonomi, politik, social dan budaya Negara kita....wasalam
BalasPadam