Dalam sidang akhbar di sini, Pas melalui Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali mengedarkan kenyataan yang memperkecilkan Tengku Zaihan walaupun mengakui kehebatan latar belakangnya.
Namun, kenyataan itu tidak pula banyak mengangkat kelebihan calon Pas, Endot@Azlan Yusof selain kontraktor yang dicanang sebagai seorang yang mesra dan mudah dibuat 'kira bicara.'
Mustapa yang pernah dikaitkan dengan rakaman video seks mirip wajah beliau mendakwa, Pas mendapat respons yang amat buruk mengenai calon BN daripada penduduk setempat dan pemilihan Tengku Zaihan dibuat oleh 'orang' dari Putrajaya dan bukan UMNO negeri atau bahagian.
"Ada macam-macam versi tentang calon BN ini, ada yang kata dia lahir di sini dan mempunyai ahli keluarga di Kuala Besut ini, ada yang kata pula, dia tidak lahir di sini dan tidak dibesarkan di sini, cuma keluarganya ada di sini.
"Banyak persoalan tentang calon BN ini yang kita terima maklum balas orang ramai. Kita tidak nafikan latar belakangnya yang hebat tetapi BN Terengganu tidak dapat menyelami isi hati rakyat yang mahukan seorang wakil rakyat yang benar-benar menjiwai rakyat," dakwanya.
Yang turut hadir dalam sidang akhbar tersebut, Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat, Dr. Hatta Ramli.
Tindakan Mustafa itu bertentangan dengan kenyataan Endot yang menegaskan parti itu tidak akan menyerang peribadi lawan dan menjalankan kempen secara berhemah bagi menghormati Ramadan.
Endot juga dilaporkan berkata, kempen harus dijalankan secara gentleman kerana beliau mengenali rapat Tengku Zaihan dan Ketua UMNO Bahagian Besut, Datuk Idris Jusoh. - Utusan
KALAU ada orang elok pun TOK STOPA TONGKAT ALI,mana sama dengan orang PAS seluruh malaysia,semua nya berseh dari noda dan DOSA termasok TOK PA Spender,betul x TOK kalau buat barang sedap walau pun haram nana ada salah (utk ahli sahaja)disisi PAS
BalasPadam