BREAKING NEWS

TAK DAPAT TERIMA KEKALAHAN.., PENYOKONG PAS MENGAMUK DI KUALA BESUT.


Lebih 100 penyokong parti PAS bertindak menahan kereta yang dinaiki Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar yang membuat tinjauan di pusat mengundi Sekolah Kebangsaan Kampung Baharu di sini, hari ini.

Mereka yang berkumpul di hadapan pintu pagar sekolah itu dengan membawa poster dan bendera parti, difahamkan bertindak demikian kerana menganggap ada pihak luar cuba mencampuri urusan pengundian memandangkan kereta yang dinaiki Wan Ahmad dan anggota SPR tidak mempunyai logo suruhanjaya.

Ketika diminta mengulas kejadian itu, Wan Ahmad berkata mereka menggunakan kereta kerajaan negeri Terengganu termasuk milik Majlis Daerah Besut kerana kenderaan SPR tidak dibawa ke sini.

"Kereta yang digunakan tidak mempunyai logo SPR kerana ia bukan kereta rasmi suruhanjaya dan penumpang juga tidak dapat dilihat dari luar kerana cermin kereta itu gelap.

"Mereka turut tidak mempercayai polis yang cuba menjelaskan bahawa kereta itu membawa saya dan anggota SPR, sebaliknya terus mengerumuni kereta....

1 ulasan :

  1. Biasala mana2 manusia juga akan jadi marah bila hak asyik dicuri dan dipermainkan. Mungkin anda juga akan bangkit rasa marah jika rumah anda asyik dimasuki pencuri - takkan la hanya terus tersenyum dan bersyukur tak bertempat kan? SPR yang harus rasa bersalah kepada rakyat (yang menyokong PR) kerana masih boleh bertahan dan sabar menghadapi pilihanraya yang penuh kemusykilan dari sudut integritinya. Jika berlaku seperti di Mesir dulu ketika Mubarak jatuh, kemungkinan kerajaan BN akan jatuh sendiri sebelum pilihanraya agaknya. Kerajaan Islam Turki Uthmaniyah berdiri sehingga 700 tahun, tetapi kerajaan BN kawalan UMNO baru berusia 50 tahun dah teruk ditolak rakyat. Oleh itu, jangan angkuh sangat.

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online